Saturday, July 28, 2012

Mb Golden Collagen Gel

Sebelum ni sy ada posted mengenai Bio Oil. Ya, memang sy guna Bio Oil untuk muka time malam dan juga waktu siang (time cuti atau di rumah).  Muka sy memang jenis kering sebab tu nampak elok kalau guna moisturizer yang jenis oily. Boleh cover kulit kering disamping melembabkan kulit muka. 

Mb Golden Collagen Gel ni juga macam jenis oily. Sy baru start guna gel ni awal bulan ni. Ini pun sebab member sy recommend. Memandangkan kulit muka member sy ni nampak perubahan positive setelah pakai gel ni, so sy pun tidak teragak-agak lah untuk mencuba. Tak salah mencuba kan?? hehehe.... sy memang terlalu fanatik bab2 menjaga kecantikan ni. Nak kata kulit sy cantik, xde lah. Tapi sy memang concern lah dengan kulit sy sendiri dan sanggup buat apa saja demi kulit sy . Ceeewahh....


Terus terang, sy sebenarnya tak lah berapa tahu tentang produk ni. Sy cuma order direct daripada member sy yang recommend gel ni. Hmm.. Sy dapat produk ni memang macam dalam gambar di atas ni. Tiada kotak. Penerangan lengkap pun tiada. Actually sy x berapa sure kandungan dan kegunaan gel ni. Cuma, menurut member sy, just sapu kat muka sebelum pakai foundation atau moisturizer. 

Harga Mb Golden Collagen Gel ni RM49.90. Dalam bekas tu ada 30 butir, so boleh pakai 30 hari lah. Setakat ni sy pakai gel ni selepas bersihkan dan keringkan muka. Selepas sapu gel ni then baru sy sapu moisturizer biasa. Gel ni cepat meresap dan akan menyebabkan kulit kita lembut. Agaknya kalau amalkan pakai gel ni, kulit akan menjadi cantik kot.

Antara perubahan yang sy perasan setakat ni, kulit tak kering, lembut dan warna kulit jadi cerah sikit. Gel ni sy pakai time pergi office je, sebab sebab kat rumah sy guna Bio Oil.

 

Nanti sy akan survey lagi. Cari maklumat lebih tentang gel ni. hehehe. So far sy guna ok lah.

 

Ni bentuk Mb Golden Collagen Gel. Senang je nak guna. Just pusingkan hujung gel ni, pastu sapu terus kat muka. Tak perlu buka gel ni pakai gunting ke pisau ke sbb gel ni memang lembut. Sekarang ni sy masih lagi dalam proses testing gel ni. Harap2 ok lah. Boleh awet muda :-D

So, kalau anda ada info tentang gel ni, boleh lah share ye sebab kiter ni pengguna baru ~~

Universal Notebook Adapter

2 hari lepas adapter untuk laptop HP sy rosak. Hilang akal kejap. Mana x nya, kalau laptop x boleh on, maknanya sy x boleh online. Adusss, sudah terbiasa online. Kalau 1 hari x dapat online rasa macam orang sakit. Huhuhuhu ~~

Sy memang dah terbiasa cas battery laptop dulu, bila battery dah full then sy off power kat plug point. So, laptop on guna battery je lah. Kalau keluar warning kat laptop screen bgtau 'low battery', barulah sy akan on balik power. Mula-mula tu ingat kan plug point faulty sebab battery x charge pun, so sy test on adapter ke plug point lain, malangnya bila dah switch on, still x boleh guna. Aaarrgghh, nampak gaya memang charger @ adapter lah problem.

Sy memang kureng sikit bab membeli accessories komputer atau laptop ni. Lagi2 tang harga. kebetulan member office sy ada member yang keje kat kedai hardware untuk komputer kat low yat, so sy terpaksa minta tolong dia teman g cari adapter baru.

Low Yat memang glamour dengan kedai2 komputer dan accessories. Survey punya survey harga adapter kat kedai2 dalam Low Yat, akhirnya sy dpt jumpa adapter ni (dalam gambar). Beli kat kedai member kepada member office sy tulah. Rasanya itu yg paling murah kot.

Memang nak cari Adapter jenama HP tapi at last berkenan dengan adapter Huntkey.  O yah, baru sy tahu adapter laptop ni pun ada yg original dan copy. Kalau original untuk harga charger laptop HP RM100 lebih. Kat kedai HP RM199. Tapi itu untuk model laptop sy lah. Model lain sy tak sure okay. 

Pastu ada pula yang copy. Pekedai tu lah yang cakap copy. Huhuhu..sy pun x tau.. Kalau charger / adapter yg copy, harga dalam RM55 ke RM90. Pastu warranty yg copy ni klu yg RM55 tu 1 bulan, yang RM60, RM80 tu warranty 3 bulan. Itu yg sy survey lah.



Akhirnya, sy membeli adapter jenama HuntKey. Harga time sy beli ni RM80. Ni adapter original tp bukan jenama HP lah. Warranty 1 tahun. Hmmmm Ok tak??


Yang bestnya adapter ni boleh diguna untuk beberapa jenis laptop jenama lain macam HP, Dell, Lenovo, Asus, Thinkpad, Acer, Compaq, Toshiba, Sony, Samsung, Gateway, Panasonic, Sharp, Fujitsu...

Kira macam universal Notebook Adapter lah tu. Cuba tengok gambar di atas, yg bentuk cam peluru tu beberapa jenis Tips. Kalau nak guna adapter ni untuk model lain, tukar Tips tu ikut model tu punya design.


RM80 tu sekali dengan Adapter, Cable, Tips, Bag (gambar atas) dan User's Manual. Hmmm sy baru guna adapter ni 2 hari. So far so good. Harap2 elok lah., boleh guna lama. Kalau nak rosak pun, rosak sebelum tamat warranty. LOL....

Tuesday, July 24, 2012

Kegunaan Bio Oil (1)

Kali ni nak share 1 pengalaman baru. Cuba tengok gambar atas. Sharing kali ni adalah pasal Bio Oil ni lah. Sebenarnya sy ni mengalami 1 masalah kulit yang boleh dikatakan teruk juga lah. Kulit jenis kering pastu cepat mengelupas. Kalau tak pakai losyen nanti kulit muka macam ada part2  yang color putih. Bila tengok dekat2 kat cermin tu macam kulit kering lah. Banyak kat bahagian pipi dan dekat mulut. Pastu kalau kena cahaya matahari sikit, muka dah macam terbakar (sunburn).

Dah macam2 produk dah sy try tapi semua nampak cam tak berkesan. Ada beberapa brand krim muka yang memang x boleh ngam dgn muka sy. Bila pakai je macam tak meresap. Moisturizer tu jadi macam gam kat muka sy. Nanti keluar macam putih2..Korang pernah tak mengalami macam tu? Sy kurang pasti sebab apa tapi rasa menyusahkan pula bila pakai krim jadi macam gitu. Lepas sapu moisturizer 1 hal pula nak kena lap balik krim yang kering dan x meresap kat muka.

Cari punya cari.....daripada 1 brand moisturizer ke brand yang lain dan semua hampeh.... malah membuat kan kulit muka sy lagi bertambah kering. Akhirnya sy jumpa Bio Oil. Mula2 tu saja je nak try yg nampak oily. Selalu nya macam krim2 gitu kan tapi kurang berkesan, kali ni nak yang betul nampak minyak. Ambik ko...

Ok dalam 1 minggu pertama tu sy pakai waktu siang dan malam. Just sapu Bio Oil je. Xde letak toner ke , krim ke, foundation ke apa ke, xde.... 1 minggu tu xde nampak kesan lagi.

Minggu kedua pula sy start pakai malam je. Kecuali time cuti atau sy duduk rumah then sy sapu Bio Oil kat muka. Time keje siang tu sy pakai moisturizer dan bedak muka sikit, supaya x nampak muka berminyak2 kat ofis. Ok sekarang dah 1 bulan sy pakai Bio Oil ni. Result setakat ni ok, muka nampak lembab sikit. Kulit muka macam bersih sikit lah. Rasanya warna kulit dah natural semula kot. Member2 pun ada yang tegur. Macamana pun sy masih x puas hati lagi sebab kulit masih nampak kering sikit wlupun ada perubahan sikit.

Memandangkan ada kesan positif biarpun sikit, tapi sy ingat nak try dulu sampai habis 1 botol tu. Lagipun 1 botol ni rasanya boleh guna lama. Sy dah guna sebulan dan banyak pula tu sapu kat muka, leher, lengan...cuba tengok dalam gambar atas tu...banyak lagi kan??

Berdasarkan info yang tertera pada kotak Bio Oil tu : produk ni memang diformulasi untuk membaiki kesan parut, regangan kulit dan warna kulit serata. Bio Oil ni mengandungi PurCellin Oil yang berkesan untuk penuaan kulit dan kulit kering. Elok juga Bio Oil ni, boleh awet muda :) x salah kita mencuba kan....

Oil ni boleh diguna untuk muka dan badan. Sy ada gak sapu kat lengan yang nampak bergaris2 tu...yela sy kan kejap gemuk, kejap kurus, so ada lah garis2 putih bawah lengan tu. nampak macam kulit tu meregang ke lemak pecah sy tak pasti lah kenapa ade putih2 kat situ. Entah2 selulit... Tapi lepas sy sapu benda ni, nampak macam kurang sikit lah....

Kat botol tu ada bagitau Bio Oil ni guna 2 kali sehari dan minimum 3 bulan. Agaknya lepas 3 bulan kot baru nampak hasil sebenar. Oil ni mengandungi Vitamin A & E, minyak Kalendula, Lavender, Rosemary & Kamomil. Penyerapan cepat, tapi sy memang suka pakai banyak2. Lepas urut2 kat muka, sapu lagi sampai puas hati. Saje.

Siapa nak cari tips bagaimana untuk merawat kulit kering. Rasanya anda boleh try lah Bio Oil ni. Lagipun oil ni memang sesuai untuk kulit sensitif dan sememangnya halal.  Tak salah kita cuba kan.... Kat watson or guardian yang botol kecil tu RM30 lebih je. Hari tu ada promotion RM28..hehehe

Sambungan ~ Kegunaan Bio Oil (2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO