Wednesday, September 26, 2012

Apakah Ubat Diet Mempengaruhi Masalah Keguguran Rambut ?

Semenjak saya mengalami keguguran rambut, saya sudah fobia dengan ubat-ubat atau minuman tambahan untuk langsingkan badan. Bila fikir-fikir balik, sebelum ni memang saya rajin ambil benda-benda ni. Mana tidaknya, badan makin lama makin besar, kerja tak tentu masa. Kurang masa untuk bersenam, malah untuk rehat pun hampir tiada masa. Tapi badan makan lama makin sehat. Sadis tak sadis lah... So, saya terpaksa lah ambil makanan atau minuman tambahan untuk slimkan badan..

Hmmm ... Orang cakap makan meggie boleh gugur rambut. Yeke?? Saya kurang pasti lah pula. Tapi saya bukanlah tiap-tiap hari makan meggie pun. Sampai sekarang masih terfikir-fikir punca keguguran rambut yang saya alami ni. Mungkinkah disebabkan ubat diet tu???

Search punya search, memang banyak factor yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Ok ini semua kesimpulan berdasarkan apa yang saya baca tau. Secara saintifik atau detail, mungkin anda boleh berjumpa direct dengan doktor pakar rambut untuk khidmat nasihat :)

Antara punca-punca keguguran rambut:
  1. Masalah usia
  2. Stress
  3. Gangguan hormon
  4. Diet yang tidak seimbang
  5. Shampoo yang kurang sesuai
  6. Kelemumur
  7. Kerap menggunakan pengering rambut
  8. Pewarna rambut yang kurang sesuai
hmmm banyak lagi punca-punca lain seperti mencabut helaian rambut.... Disebabkan masalah rambut yang saya alami ni lah, saya terdorong untuk mencari info-info ni melalui blog-blog atau website lain. Risau punya pasal...semua pun dikaji selidik...huhuhu....

Tapi saya masih terfikir-fikir, adakah ubat diet ni sebenarnya mempengaruhi keguguran rambut....HMMMM 

Tapi untuk info anda, sekarang ni saya dalam proses merawat rambut saya. Saya buat apa yang termampu. Maksud saya biar yang murah, janji berbaloi. Setakat ni ada lah perkembangan positif. Harap-harap rambut saya akan kembali sihat seperti dulu.... Boleh cek DI SINI untuk rawatan yang paling simple dan murah dengan hanya menggunakan produk berasaskan herba.

Saturday, September 22, 2012

Produk Tropica Bioherb - Rawatan Rambut Herba

  • Rambut gugur dan jarang?
  • Masalah gatal, kelemumur dan kudis di kepala?
  • Rambut kusut dan pecah?
  • Rambut perang tidak bersinar?
  • Rambut beruban?
  • Semakin hari semakin botak?
Sekiranya anda mengalami salah satu masalah di atas, jangan risau kerana di sini ada cara terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.

Sebenarnya saya juga mengalami masalah rambut gugur yang serius. Cuma saya sempat merawat sebelum ianya menjadi lebih teruk. Hujung bulan lepas (Aug '12) saya mengalami masalah rambut gugur yang teruk sehingga rambut menjadi jarang dan nipis. Yelah kalau gugur normal saya tak kisah, ini setiap kali mandi dan sikat rambut, banyak helaian rambut yang gugur. Saya dapati ada kawasan tertentu di kepala yang tidak berambut sehingga saya terpaksa pergi ke saloon dan cut rambut bagi pendek. Daripada paras pinggang ke paras bahu. Memang sayang rambut tapi nak buat macamana. Lagi panjang rambut, lagi risau tengok satu-satu rambut gugur.

Bermacam-macam cara saya buat. Sapu lidah buaya dan letak santan fresh di kepala, minum air sebanyak mungkin. Kononnya boleh merawat rambut. Saya tidak nafikan lidah buaya dan santan kelapa fresh memang ada khasiat yang tersendiri, namun ada cara yang lebih mudah daripada tu.

Akhirnya saya menemukan produk Tropica Bioherb ni. Apa lagi saya terus order 1 set Pakej Ginseng (Shampo Herba + Serum Ginseng + Krim Herba). Saya start guna awal bulan ni (Sep '12) dan sekarang dah masuk minggu ketiga. Rambut gugur kurang dan rambut halus mula tumbuh di kawasan kulit kepala yang tidak berambut. Apa yang saya perasan lah, kulit kepala yang tidak berambut warna lain sikit. Setelah menggunakan produk ni, warna kulit kepala berubah dan rambut mula tumbuh. Warna kulit kepala mungkin disebabkan rambut yang mula tumbuh kot. Atau kulit kepala sihat. Itu saya kurang pastilah.

Sekarang ni baru (22 Sep '12), mungkin terlalu awal untuk saya buat kesimpulan tentang produk ini. Lagipun proses pertumbuhan rambut mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 1cm setiap bulan (berdasarkan info yang dibaca melalui sumber2 lain). Namun saya sangat berpuas hati, sekurang-kurangnya rambut sudah mula tumbuh di kawasan kulit kepala yang tidak berambut.

Berdasarkan info-info yang saya baca daripada website lain, proses pertumbuhan rambut bagi setiap orang mungkin berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Sekiranya anda mengalami masalah rambut yang sangat sangat dan sangatlah serius, mungkin anda perlu mencuba produk ini selama 3 hingga 5 bulan. Walau bagaimanapun, ramai yang telah mencuba produk ini dan nampak kesan positif dalam jangkamasa yang singkat.

Pengalaman Pengguna Lain

Testimoni 1 - En. Kaha Zulfakar B. Rahim
"Dulu saya mengalami masalah rambut gugur dan hampir botak. Setelah menggunakan produk rawatan rambut TROPICA BIOHERB ini selama 5 bulan, rambut saya kembali normal. Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri..."

Testimoni 2 - Dato Zulkifli Bin Abas (Ahli Korporat)
"Saya menghadapi masalah rambut jarang dan hampir botak. Rambut saya juga kerap gugur. Saya telah menggunakan semua produk-produk rawatan rambut gugur yang berada dipasaran dan telah menghabiskan berpuluh ribu sehingga saya ke luar Negara bagi mendapatkan rawatan dan semuanya tidak menjadi. Apabila saya diperkenalkan produk rawatan rambut gugur tropica bioherb ini saya ternyata tidak percaya dan yakin kerana dengan berpuluh ribupun rawatan tidak berkesan, inikan produk yang harganya tidak sampai RM100.Tapi oleh kerana harganya murah saya membeli dan mencuba. Alangkah terperanjatnya saya setelah menggunakannya selama satu bulan keguguran rambut saya berhenti, rambut tumbuh dengan lebat sekali. Untuk pengetahuan semua pengguna saya telah membuat kenduri kesyukuran kerana masalah rambut gugur saya selesai hanya dengan produk rawatan yang tidak sampai RM100 sahaja...hebat..!!"

Testimoni 3 - Pn Noraini Binti Husin (Penjawat Awam)
"Saya menggalami masalah rambut gugur yang teruk dan telah mencuba pelbagai produk dipasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah saya diperkenalkan produk rawatan rambut tropica bioherb. Setelah seminggu saya mencuba ternyata keberkesanan produk ini amat berkesan sekali.Keguguran rambut saya yang teruk sebelum ini telah berhenti dan kini rambut saya kembali lebat dan sihat..."

Sekiranya anda berminat untuk membeli produk ini, boleh tinggalkan komen dibawah atau hubungi saya di 016-2636077 Lina. Boleh Call/SMS/WhatsApp/LINE.

Syampo Herba



Diantara syampo herba terbaik yang ada di pasaran kerana dihasilkan dari herba semulajadi. Campuran ekstrak herba dan minyak kelapa dara memberi kesan yang amat baik pada rambut dan kulit kepala yang bermasalah seperti rambut gugur, gatal, kudis, rambut kusut dan pecah.

Kelebihan:

  • Mengatasi masalah kelemumur dan kutu
  • Mengatasi kulit kepala berkudis
  • Mengatasi rambut kusut dan pecah
  • Melembutkan rambut tanpa perapi
  • Melebatkan rambut
Cara Guna:

Boleh digunakan setiap hari tanpa kesan sampingan. Biarkan 2 hingga 3 minit pada rambut sebelum dibilas dengan air. Disyorkan menggunakan krim ginseng, serum rambut dan krim mutiara/delima untuk kesan yang lebih baik selepas menggunakan syampo.


Kandungan:

DI Water, Enzim Buah-buahan, Minyak Kelapa Dara, Ekstrak Herba, Minyak Jojoba, Ekstrak Aloe Vera, Sodium Lauryl Sulfat, Cocomid DEA, Lanolin, Cocomidopropyl Betaine, Carbomer, Disodium Edta, Pathenol, Glyceryl Monostearate, Methylchloroisathiazo Linone.

Serum Ginseng



Rawatan rambut ginseng menjadikan kulit kepala dan struktur rambut lebih nutrisi bagi menyekat keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

kelebihan:

  • Menyekat keguguran rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan akar rambut
  • Melebatkan rambut
  • Menjaga kulit kepala sentiasa sihat
  • Memelihara struktur rambut sentiasa segar dan sihat
  • Mengatasi masalah gatal dan kudis kulit kepala

Cara Guna:


Bersihkan kulit kepala serta rambut terlebih dahulu. Disyorkan menggunakan shampo herba Tropica Bioherb kerana terdapat enzim-enzim yang menggalakkan pertumbuhan akar rambut. Kemudian ratakan sepenuhnya krim ginseng ke permukaan kulit kepala dan struktur rambut.

Serum Herba Limau Purut




Apa Itu Serum?


Serum merupakan sejenis aqua yang amat mujarab, ajaib dan berkesan untuk merawat masalah rambut gugur, kulit kepala gatal, kelemumur, botak dan uban. Diproses tanpa menggunakan bahan api, haba dan bahan kimia. Ianya tidak berminyak dan mempunyai molekul-molekul yang halus serta dapat menyerap terus ke bahagian kulit kepala sehingga ke akar rambut. Berfungsi sebagai baja rambut yang suci, bersih dan boleh dibawa solat.


Kelebihan:

  • Pertumbuhan rambut baru
  • Menyelesaikan masalah gatal, kelemumur dan kudis
  • Menghidupkan sel-sel akar rambut
  • Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak pecah
  • Kulit kepala menjadi bersih dan sihat
  • Merapi rambut yang kusut
  • Menghilangkan sakit kepala, stress, migrain
  • Mengurangkan demam panas
  • Mengelak dari lesu dan tidak bermaya
Cara Guna:

Untuk rambut yang amat bermasalah dan kritikal seperti gugur, gatal atau kudis, kelemumur, alahan uban. Disyorkan supaya krim dipakai waktu siang dan serum atau ginseng untuk malam. Pastikan kulit kepala dibersihkan dahulu dengan shampo herba sebelum memakainya. Gosok dan buat urutan sehingga rata pada kulit kepala serta rambut. Pengguna disyorkan supaya menggunakan serum ini tiap-tiap hari dan haruslah mengelak dari menggunakan krim rambut yang lain.


Kandungan:

Serum dihasilkan dari herba dan tumbuhan semulajadi yang tidak tercemar dari bahan kimia. Bahan-bahan asasnya seperti minyak kelapa dara, pati limau purut, buah keras, bunga raya putih, daun selasih, herba-herba dan tumbuh-tumbuhan hijau yang lain.


Krim Mutiara




Struktur krim herba lebih lembut dan halus.

Kelebihan

  • Mencegah keguguran rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Menghilangkan gatal dan kudis
  • Menyihatkan kulit kepala
  • Membuang kepanasan kepala
Cara Guna:

Pakai krim Mutiara pada waktu siang. Gosok dan urut perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit bagi berlaku penyerapan pada kulit. Disyorkan digunakan serum atau ginseng pada waktu malam.


Kandungan:
Minyak Kelapa Dara, Buah Keras, Bunga Raya Putih, Biji Betik, Pudina, Aloe Vera, Sintok Dan Bahan-bahan Asas Krim.

Krim Delima




Struktur krim herba lebih pekat dan halus.

Kelebihan:

  • Mencegah keguguran rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Menghilangkan gatal dan kudis
  • Menyihatkan kulit kepala
  • Membuang kepanasan kepala
Cara Guna:

Pakai krim Delima pada waktu siang. Gosok dan urut perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit bagi berlaku penyerapan pada kulit. Disyorkan digunakan serum atau ginseng pada waktu malam.


Kandungan:
Minyak Kelapa Dara, Buah Keras, Bunga Raya Putih, Biji Betik, Pudina, Aloe Vera, Sintok Dan Bahan-bahan Asas Krim.

Tropica Bioherb - Produk Ini Berasaskan Herba Semulajadi



Rosemary, Aloe Vera, VCO, Hibiscus Rosa Sinensis, Horse Tail, Colts Foot, Citrus Hystrix, Candlenuts, Birch, Stinging Nettle, Yarrow, Mother of Thyme.

Senarai Harga Produk Rawatan Rambut Tropica Bioherb

Boleh dibeli secara pakej atau pilih mana-mana produk.

Untuk belian bukan dalam pakej atau sekiranya anda ingin membeli mana-mana produk. Kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia RM7, dan Sabah/Sarawak RM12

Untuk pembelian melebihi 3 unit atau dalam bentuk set/pakej, kos penghantaran adalah PERCUMA.

 
Shampo Herba - RM35

Krim Ginseng - RM75

Serum - RM35

Krim Mutiara - RM25

Krim Delima - RM25

Pembelian melebihi 3 unit atau beli set, kos penghantaran PERCUMA

SET SERUM HERBA LIMAU PURUT (RM95)


Pakej [Serum Limau Purut + Syampo + Krim] RM95

Kos penghantaran PERCUMA


SET SERUM HERBA GINSENG (RM135)


Pakej [Serum Ginseng + Syampo + Krim] RM135

Kos penghantaran PERCUMA

 Langkah mudah merawat rambut

1. Pagi - Gunakan Krim Mutiara (Bagi Perempuan) dan Krim Delima (Bagi Lelaki)

Bersihkan rambut dan kulit kepala menggunakan Shampo Herba dan keringkan sehingga 80%. Sapukan Krim Mutiara atau Krim Delima pada rambut. Untuk lebih berkesan, buat urutan pada tempat yang bermasalah selama 1-2 minit supaya krim rawatan dapat meresap dan bertindak jauh ke lapisan kulit.

2. Cuci Kepala Menggunakan Shampo Herba (Hair Re-Born)

Basahkan rambut dan gunakan shampo herba. Ratakan pada kulit kepala dan urut kepala perlahan-lahan selama 3 minit. Ini bertujuan untuk penyerapan ekstrak herba dan mikroorganisma ke dalam kulit kepala. Bilas rambut kemudian keringkan sebelum disapukan Serum atau Ginseng.

3. Malam - Gunakan Serum Rawatan Rambut Kritikal (Limau Purut) Atau Ginseng Rawatan Rambut (Hair Re-Born)

Selepas membersihkan kepala menggunakan Shampo Herba, gunakan Serum atau Ginseng. Gosok dan buat urutan sehingga rata pada kulit kepala serta rambut. Buat urutan selama 1 hingga 2 minit terutama di tempat yang bermasalah. Ini bertujuan supaya krim rawatan ini dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Disyorkan menggunakan Serum atau Ginseng ini setiap malam. Kalau boleh elakkan daripada menggunakan krim rambut yang lain.

Tempahan


Sekiranya anda berminat untuk membeli produk ini, boleh tinggalkan komen dibawah atau hubungi saya di 016-2636077 Lina untuk keterangan lanjut. Boleh Call/WhatsApp/LINE.

PEMBAYARAN

1) Membuat pembayaran melalui bank. Transfer secara online atau bank in.



2)  Nombor akaun akan diberi melalui SMS. 
Selepas pembayaran, jangan lupa SMS Masa/No Transaksi, Nama Penuh, Alamat Penuh yang tepat dan Nama Barang yang dipesan untuk tujuan penghantaran.

Friday, September 14, 2012

Rambut Aku Gugur :(

Siapa yang tidak risau kalau rambut gugur. APTB (apa pun tak boleh)...

Memang rambut akan gugur setiap hari. Kalau jumlah sikit boleh lah aku terima hakikat tapi kalau gugur dalam kuantiti yang banyak, hati mana yang tak risau wei....

Sebelum ni rambut aku memang panjang sampai paras pinggang. Tapi bulan lepas terpaksa gunting pendek ke paras bahu sebab rambut gugur mendadak bulan lepas. Punca sebenar kurang pasti sebab sebelum ni ok je. Takde tanda-tanda, xde intro, terus je gugur banyak sampai hampir nampak kulit kepala. Of course sebagai perempuan, jiwa tak tenteram. Waaaaa gitu...tapi serius.... sampai tak senang duduklah.. Bad mood tau..

Langkah pertama yang aku terpaksa ambil, apa lagi....... pergi saloon dan gunting rambutlah. kedua, mencari sebanyak mungkin tips berguna daripada internet. Antaranya, perap santan fresh di kepala, sapu lidah buaya (eloe vera), minum air masak sebanyak mungkin dan banyak lagi. So yang aku sebutkan tadi tu semua aku dah buat pun.

Sekarang dah hampir sebulan. Ada lah perubahan sikit-sikit hasil usaha aku sendiri. Teringin nak buat rawatan dengan pakar rambut tapi mahal, duit tara. So aku cuma buat rawatan yang simple but nice. Murah pun murah. Natural dan guna bahan-bahan semulajadi. Buat rawatan sendiri sudah. Tidak payah susah-susah pergi jumpa pakar. Lainlah kalau ada duit banyak. Tapi perlu jumpa doktor lah untuk khidmat nasihat. Memandangkan aku kena tidur awal malam ni. So esok lah aku sambung update blog dan share bagaimana aku buat rawatan rambut sendiri yang paling simple.

Memang nampak hasil tapi masih terlalu awal untuk ditentukan. Usaha akan diteruskan sehingga rambut ni menjadi lebat seperti yang sebelum ni.

Sunday, September 02, 2012

GO-KL CITY BUS - Percuma ??? Biar Betul...

Pernah nampak bas ni???

Akhirnya, rakyat malaysia khususnya warga Central Business District (CBD), Kuala Lumpur dapat juga menikmati kemudahan terbaru dari segi pengangkutan awam. Bermula pada hari ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, warga Kuala Lumpur sudah boleh memilih untuk menaiki GO-KL City Bus.

Mesti ramai lagi yang belum tahu tentang perkhidmatan bas percuma ni kan. Bas ni memang lain dari yang lain sebab pertama bas ni berwarna ungu. Okay tak warna? Hmmm.... Bas ni kalau nak naik, naik je sebabnya bas ni memang free. Percuma untuk sesiapa sahaja. Cuma buat masa ni, GO-KL City Bus ni hanya lalu di laluan-laluan yang ditetapkan iaitu di kawasan bandar Kuala Lumpur sahaja. Untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur untung lah. Boleh naik train sampai KL, pastu naik bas ni ke office.

Buat masa ni GO-KL City Bus ni beroperasi di laluan yang ditetapkan:
  • Green Line (KLCC - Bukit Bintang - KLCC). Bas ini akan melalui 13 hentian bas iaitu
  1. KLCC
  2. Angkasaraya
  3. MATIC
  4. Concorde Hotel
  5. Wisma Hup Seng
  6. The Weld
  7. Wisma Lim Foo Yong
  8. Pavillion
  9. Ain Arabia
  10. Monorail Raja Chulan
  11. Wisma Rohas Perkasa
  12. Citibank
  13. Wisma Athlan
  •  Purple Line (Jalan Sultan Muhamad - Bukit Bintang - Jalan Sultan Muhamad). Bas ini akan melalui 14 hentian bas iaitu
  1. HAB Pasar seni
  2. Bangkok Bank
  3. Muzium Telekom
  4. Menara Olympia
  5. KL Tower
  6. The Weld
  7. Wisma Lim Foo Yong
  8. Pavillion
  9. Ain Arabia
  10. Wisma Boustead
  11. Wisma HLA
  12. Simpang Bkt Ceylon
  13. Muzium Telekom (Opp)
  14. Kota Raya
Kalau nampak bas warna ungu/purple ni naik je.  Jangan risau, tidak perlu sediakan duit kecil atau touch n go. Bas ni memang free. Saya pun selalu tunggu bas dekat Pavillion ke Kota Raya, bayar RM1. Lepas ni boleh lah naik bas free. Sebenarnya bas sedia ada pun masih beroperasi. Cuma sekarang kita ada banyak pilihan bas, so tidak perlu menunggu lama. Pilih lah nak naik bas yang mana satu....

Ciri-ciri GO-KL City Bus
  • Beroperasi dari jam 6:00am hingga 11:00pm
  • 5 minutes frequency during peak hours (masa sibuk)
  • 15 minutes frequency during off-peak hours (kurang sibuk)
  • Buat masa ni secara keseluruhan ada 15 buah bas sahaja. Setiap bas boleh memuatkan 60 orang
  • Bas ini juga sesuai untuk orang kurang upaya
  • Bas ini menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dan GPS. Bolehlah berFB dalam bas ye
  • Passenger information system
  • Yang paling best, bas ni ada laluan khas. Sebenarnya laluan khas ni bukan untuk bas GO-KL City je tapi juga laluan untuk teksi dan bas-bas lain. Jadi lepas ni laluan bas clear lah
  • CCTV dipasang di dalam dan luar bas
  • Kerjasama PDRM, DBKL, JPJ & SPAD

Kebaikan GO-KL City Bus khususnya dapat dirasai mereka yang berada atau pergi ke Central Business District (CBD), Kuala Lumpur. Bas ini akan memudahkan kita pergi ke 4 LRT stations, 3 monorail stations, 2 Inter Urban Transport Terminals (IUTT) dan Skywalk.

Bas ini sememangnya percuma untuk semua :-D Memang terbaik untuk pekerja yang juga melalui laluan yang sama, untuk pelajar sekolah, orang kurang upaya dan warga emas. Disamping itu, perkhidmatan baru ini juga sesuai untuk menarik perhatian pelancong kerana mereka akan berpeluang menaiki bas secara percuma dari 1 destinasi ke destinasi yang ingin mereka lawati.

Harapan saya semoga ada lagi perkhidmatan baru yang bakal disediakan untuk rakyat Malaysia. Yang penting ia memberi kebaikan kepada semua :) I LIKE !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO