Thursday, March 03, 2011

Beastly Movie Review

Yesterday I got 2 free tickets for Beastly Special Screening from nuffnang.

Awesome movie!!!

The film is written and directed by Daniel Barnz
. The movie seem like "Beauty and the Beast" story. Modern version, maybe... ;) Is about a teenager who is transformed into the beast in order to find true love.

Kyle in the movie has everything he wants. Popularity, good looks and a rich farther. Just one thing is he not respects others especially his classmate who is a witch in disguise, during an environmental event. The witch then casts a spell on Kyle and physically transforms him into a beast (ugly). Kyle has only 1 year to find true love if he wants to get back normal. Best ending story when finally he found it. For full story, just see the movie :-P

This movie teach me how important to respect each other. Dont care who ever they are.

If someone loves you she/he loves you for what inside and not what she/he see on the outside. Love is never ugly.

Alex Pettyfer ... as ... Kyle Kingson
Vanessa Hudgens ... as ... Lindy

Mary Kate Olsen ... as ... Kendra (little witch)

Neil Patrick Harris ... as ... Will



Erti Cinta Bagi Ku??

Bagi aku perasaan cinta tu datang daripada hati. Perasaan cinta tidak boleh dipaksa. Ia datang dan hilang begitu sahaja. Perasaan cinta membuatkan aku lupa untuk menilai baik & buruk sesuatu. Kadang2 perasaan cinta membuatkan aku belajar untuk menjadi seorang yang berguna.

Cinta kepada Tuhan
Cinta yang diberkati adalah cinta yg sempurna. Hanya Tuhan yang berkuasa untuk memberi dan mengambil semula cinta pada setiap orang. Aku sememangnya bersyukur kerana aku masih ada perasaan cinta yang mendalam. Dan cinta yang datang daripada Nya itu adalah cinta yang sangat2 indah. Sebab itu aku mencintai Tuhan lebih dari segala2.

Cinta kepada keluarga
Tuhan tetapkan cinta yang kekal di dalam hatiku. Perasaan cinta ini sudah ada sejak aku mula bernafas di dunia ini. Cinta yang aku maksudkan adalah cinta kepada keluargaku. Apa pun halangan, aku tetap mencintai keluarga aku sampai bila2.

Cinta kepada sahabat
Hidup ini tidak sempurna tanpa orang lain. Bagi aku, hubungan persahabatan perlu untuk meneruskan perjalanan hidup di dunia yang serbah mencabar ini. Mereka umpama penyelamat yang sentiasa ada di waktu aku terjatuh dan bersedih. Sebab itu aku sangat mencintai sahabatku.

Cinta kepada teman hidup
Malangnya, tidak semua sahabat boleh dipercayai. Namum Tuhan itu baik. Dia menghantar seseorang yang lebih memahami diri ini dan sanggup menerima aku seadanya. Itulah teman hidup yang sangat2 aku cintai. Walaupun aku hidup serbah kekurangan dan tidak setanding orang lain, namun dia sentiasa mengerti dan percaya aku masih ada kelebihan lain. Terima kasih banyak2. Aku pasti menjaga cinta ini kerana ini adalah cinta yang terakhir dan untuk selama-lamanya. Hidup aku berubah selepas aku menemukan cinta ini. Aku mula memahami erti kehidupan sebenar. Dan alangkah gembira, sekiranya aku menemukan cinta ini daripada awal. Namun aku tetap bersyukur kerana kehadiran cinta ini telah mengubah segala2nya menjadi baru. Cinta inilah yang menceriakan hari-hariku sampai bila2.

Cinta kepada diri sendiri
Apa yang membuatkan aku berani meneruskan perjalanan hidup, kerana aku yakin akan kemampuanku sendiri. Walaupun kadang2 aku berasa ragu2, tapi kerana aku masih punya keluarga, teman hidup, sahabat dan yang paling penting perlindungan daripada Nya, so aku berani untuk melangkah ke hadapan. Namun keberanian itu datang daripada diri aku sendiri. Terima kasih kepada diri aku sendiri kerana atas keyakinan sendiri lah, aku masih terus berusaha. :) Aku patut mencintai diri aku, kalau tidak bagaimana aku mampu mencintai yang lain?

Cinta kepada pekerjaan & harta benda
Aku juga mencintai pekerjaan & harta benda yang kumiliki walaupun tidak sebesar manapun. Sekurang-kurangnya aku masih boleh bergembira, makan makanan kegemaranku, beli pakaian yang lebih sesuai, bercuti untuk release tention dan macam2 :)

Cuba bayangkan kalau kita tiada perasaan cinta. Macamana tu??? Aku harap hargailah saat selagi cinta itu ada. Dan sekiranya cinta itu hilang, jangan sekali2 mencuri cinta daripada orang lain. Kerana cinta yang dicuri akan menjadi benci. Awas tu!! Cinta yang pergi, biarlah ia pergi sebab cinta yang baru akan datang dan pastinya itu adalah cinta yang paling best.

Dan aku sangat menghargai cinta yang kumiliki sekarang kerana cinta yang kumiliki sekarang tidak sama dengan mana2 cinta yang pernah ada. Cinta yang ikhlas memberi seribu satu makna dan ianya akan kekal sampai bila2.

P/S: Untuk orang yang kucintai :), YOU KNOW WHAT I MEAN ....

Wednesday, February 23, 2011

Isu Hari Valentine

Hari valentine dirayakan setiap tahun pada 14 February. Secara peribadi aku menghormati hari valentine tetapi tidak merayakan dengan cara yang tidak sepatutnya. Hari valentine adalah hari dimana setiap orang (yang menghormati hari tersebut) mengingat kembali kebaikan St Valentine dan masing2 ingin menunjukkan rasa kasih sayang bukan sahaja kepada kekasih tetapi keluarga dan kawan.

Walaupun aku tidak lah hebat bab2 agama, namun setahu aku lah, valentine's day tidak termasuk dalam calendar Christian(RC). Christians, correct me if i'm wrong. Hanya St Cyril & St. Methodius Feast Day termasuk dalam calendar pada tarikh 14 February. Untuk info lanjut, silalah hubungi mereka2 yang pakar dan berpendidikan ye.

Sebenarnya ramai orang yang tidak tahu tapi buat2 pandai bila bercakap tentang hari valentine. Apa yang menyedihkan, bila ada pihak tertentu yang mengeluarkan statement yang kurang enak didengar terutama hal yang berkaitan dengan agama. Kenapa time valentine baru nak bangkitkan isu tidak bermoral DAN mesti kaitkan/buruk2kan agama lain? Hmmm...

Namun bagi aku, pihak tersebut hanya membuka mata semua orang untuk melihat kebenaran. Kita kena ingat, apabila kita ingin membimbing orang lain, diri sendiri kena betul. Bukan dari segi sikap sahaja, tapi percakapan, pemahaman dan cara membimbing tu paling penting. Oppss!!! Aku harap siapa pun yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap agama lain, cepat2lah insaf... Hormatilah orang lain seadanya dan jangan mengeluarkan statement yang tidak berasas dan memalukan kaum sendiri.

Terlebih sudah...

Actually aku kurang bersedia nak share Valentine's Day History coz bimbang salah info.

For more information, please do not hesitate to ask someone who is an expert in this field.
Or just visit this website :-)

http://www.theholidayspot.com/valentine/history_of_valentine.htm

http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine

http://www.infoplease.com/spot/valentinesdayhistory.html


[ PEACE ]

12-Feb-2011 Semarak Cinta Bersama 6ixth Sense & Ana Raffali

Pada 12-Feb-2011, sy diundang untuk makan malam bersama Ana Raffali & 6ixth Sense. Waaaahh best tau...romantik... tema makan malam "Semarak Cinta Bersama 6ixth Sense & Ana Raffali".

Actually kawan sy menang pas untuk makan malam bersama artis2 kesayangan sy ni. Dengar je nama Ana Raffali & 6ixth Sense bukan main suka lagi. Memang excited lah siap bersungguh2 cari baju yang kena dengan tema warna untuk special dinner tu.

Dan untuk pengetahuan semua dinner bersama Ana Raffali & 6ixth Sense ni adalah kerjasama Gua.com.my, Universal Music Malaysia dan Red Box Pavilion. Best !!!!

Ops!! Semua yang dijemput datang bercouple tapi status ada sebagai kawan baik, adik beradik, suami isteri, tunang dan kekasih :-P

Pieeewwiitt romantik gitu .. Jom tengok gambar kenangan kitorang... sy suka ;)

Semarak Cinta Bersama.... ehem ehem :-P

Dinner diadakan di Red Box Pavilion. Best karaoke kat sini :-P

Dimulakan dengan ucapan romantik. Huhuhu... Beberapa orang dipanggil ke depan dan diberi peluang untuk menyuarakan isi hati kepada pasangan yang hadir. Malu I tauww :-D

Part yang menjadi kegemaran sy. Part makan !! Makanan kat Red Box Pavilion ni sememangnya sedap2. Next time sy datang lagi. Bukan untuk karaoke tetapi datang untuk makan. Ehehe..


Sebahagian daripada makan malam sy :-P

Terima kasih banyak2 kerana menjemput I untuk menemani U dinner malam tu. Best!! Sy suka..

Sebelum memulakan persembahan, Ana memilih beberapa couple untuk menjawab soalan dan dapat special gift.

Selalu sy tengok artis menyanyi jauh2 je. Time ni dapat tengok dorang menyanyi dekat2. Hehehe...

Ana Raffali dengan dress yang ala2 princess. Memang comel & cantik. Semua orang terpegun.

Tidak sah kalau nyanyi tanpa gitar.

Semua orang mengambil kesempatan untuk merakam persembahan Ana yang meletop.

Turn 6ixth Sense pula menyoal beberapa couple yang terpilih. Kitorang tak terpilih pun :( Sampai hati...

Ana Raffali tidak melepaskan peluang untuk duduk bersama peminat sementara 6ixth Sense buat persembahan.

6ixth Sense memang hebat !!! Antara band Malaysia kegemaran sy :)

Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang iaitu Adi Priyo Sambodo (ADI) selaku Vocalist, Mohd Faiz Azizi (GJIE) selaku Lead Guitar, Muhamad Fairos (AYOY) selaku Bass Guitar, Shahrul Effendy (ATHAN) selaku 2nd Guitar dan Mohammad Safwan (WAN) selaku Drummer. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia.

Memang mesra alam! 6ixth Sense memberi peluang kepada peminat untuk menunjukkan bakat terpendam.

Persembahan terbaik daripada 6ixth Sense.

Ana Raffali pun peminat 6ixth Sense juga. Terpegun Ana tengok Adi nyanyi malam tu.


Adi siap menjemput beberapa couple yang sangat lah sporting malam tu untuk menari bersama 6ixth Sense.

Yeaaaahhh... sy menang slogan terbaik malam tu. TQ TQ!!!



Bersama 6ixth Sense. You all memang hebat!!!

Band 6ixth Sense memang happy go lucky :-)

Bestnya dapat gambar bersama Princess Ana. Jangan jealous!!! :-P

Bergambar dengan mamat hensem Adi. Suara you memang best lah Adi :)

Antara gift yang sy dapat malam tu.

Poster daripada 6ixth Sense & Ana Raffali.

Terima kasih GUA !!! Next time jemput kami lagi ye :)

Sunday, February 20, 2011

Selamat Berhujung Minggu


Kepada ahli keluarga yang sempat baca post ni, have a blessed sunday. Jangan lupa doakan untuk aku yea...

Kepada kawan2, selamat berehat di rumah. Kalau boring di rumah, pegilah jalan2 makan angin atau makan mcD atau makan KFC atau makanlah apa2 pun. Kalau tiada benda yang boleh dimakan, jangan risau, kita sama2 berdiet...Ok??


Kepada PA aku, Zaid :-D Best tak festival layang-layang kat Johor??? Jangan lupa belikan untuk I ole2 ye... Kalau takde , I nak merajuk tauwww auuwwww :-P


Kepada sesiapa yang tidak dikenali, terima kasih kerana singgah sebentar di ruangan ini :)


Akhirnya, mata aku pun dah berat.... Time orang tengah segar bugar pagi ni, aku baru nak tido .... ngantuk tahap gaban... semalam kerja night shift ...


zzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Firework - Katy Perry Lyric


Do you ever feel like a plastic bag
Drifting through the wind, wanting to start again?
Do you ever feel, feel so paper thin
Like a house of cards, one blow from caving in?

Do you ever feel already buried deep?
Six feet under screams but no one seems to hear a thing
Do you know that there's still a chance for you
Cause there's a spark in you?

You just gotta ignite the light and let it shine
Just own the night like the 4th of July

Cause baby, you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

You don't have to feel like a waste of space
You're original, cannot be replaced
If you only knew what the future holds
After a hurricane comes a rainbow

Maybe you're reason why all the doors are closed
So you could open one that leads you to the perfect road
Like a lightning bolt, your heart will blow
And when it's time, you'll know

You just gotta ignite the light and let it shine
Just own the night like the 4th of July

Cause baby you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
It's always been inside of you, you, you
And now it's time to let it through

Cause baby you're a firework
Come on, show 'em what you're worth
Make 'em go, oh
As you shoot across the sky

Baby, you're a firework
Come on, let your colors burst
Make 'em go, oh
You're gonna leave 'em falling down

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon

Wednesday, February 16, 2011

Program POWER! Pengurusan wang ringgit anda

Pada 9-Feb-11, saya dan rakan telah mengikuti satu program daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Sebenarnya program ini dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia. So kami beruntunglah sebab ditaja sepenuhnya oleh BNM.

Program ni diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur dan anggaran yang hadir lebih kurang 200 orang termasuk beberapa orang selebriti tempatan.

Program ni berjalan selama 5 jam. Aktiviti termasuklah Financial Coach Session, POWER! Workshop by AKPK, Tea Break, Lucky Draws dan juga penyampaian Sijil penghargaan kepada semua yang hadir.

Ceramah yang disampaikan oleh En.Mohd Adnan Anan Abdullah juga memang berkesan. Penuh dengan info yang berguna seperti tips bagaimana untuk mengawal perbelanjaan dan yang penting sekali adalah merancang aliran wang keluar/masuk dengan betul.

Sebelum membeli sesuatu, kita kena tanya diri kita samada ianya merupakan kehendak atau keperluan. Keperluan adalah sesuatu yang perlu dan kita tidak boleh hidup tanpanya. Contohnya makanan, tempat tinggal & pakaian. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang kita inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Contohnya percutian di luar negara, pakaian berjenama & sebagainya.

Banyak lagi benda baru yang kami pelajari melalui program ini. Sekiranya ada yang berminat, sila layari laman web AKPK. Sesiapa yang mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan, saya cadangkan supaya berjumpa dengan AKPK dengan segera sebelum terlambat :-)

En.Nazril Idrus memberi peluang kepada peserta program untuk bertanya sebelum sesi tamat.

Kami juga diberi buku panduan percuma sebagai rujukan.

Kami berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk hadir ke program seperti ini. Harap-harap lepas ni saya dapat mengawal perbelanjaan dengan baik. Saya sudah POWER!!! Ehehehe :-p

Bersama pelakon favourite Sharifah Sofea. Teringat watak Khaterina dalam Nur Kasih ;-)

Bersama Sazzy Falak. Cute nya dia :)

Bersama Yasmin Hani yang cantik dan friendly :)

Soal jawab bersama pihak media.

Sekiranya anda berpeluang untuk menghadiri ceramah daripada AKPK, jangan fikir dua kali nak join ke tak, sebab program ini memang berbaloi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO