Sunday, March 21, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Acara/ Event : Gatsby Deodorant Street Fair

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)

Waktu : 10 pagi hingga 5 petang

Tempat : Ruang Legar, Ground Floor Berjaya Time Square, Kuala Lumpur


Hi, anda nak pergi event tak?... jom ikut sana nak?.. iyee ada event best April ni di Berjaya Times Square. Tak caya.??.. betull.... hehehe anda semua dijemput hadir ke Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April 2010 ini di Ruang Legar, Ground Floor Berjaya Time Square, Kuala Lumpur jam 10 pagi hingga 5 petang. Banyak hadiah menarik yang boleh dimenangi disana nanti

Ramai yang tertanya-tanya apa yang menarik di Gatsby Deodorant Street Fair ini nanti?… sudah tentu ada pelbagai permainan yang menarik antaranya terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggelikan hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para pesert dan macam-macam permainan lagi.

Amacam?... best tak...?? haaaa ni lagi best... disana nanti anda boleh memenangi hadiah cabutan bertuah, Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, dan pastikan anda tidak ada apa-apa aktiviti pada hari tersebut... dan tandakan di kalendar anda pada 17-April-10 adalah hari bersuka-ria bersama Gatsby Deodorant Street Fair.


Bagaimana untuk dapatkan jemputan ke event ini?.. sila layari www.gatsby.com.my/streetfair dan mainlah game online yang paling happening dan gempak disana serta dapatkan 2 jemputan khas ke Gatsby Deodorant Street Fair kepada pemenang mingguan setiap permainan online itu

nak tahu bagai mana untuk kesana... senang saja ikut arahan dibawah..

Melalui KL Monorail
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Imbi
-Naik dan gunakan perkhidmatan KL Monorail daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Stesen Imbi terletak betul-betul di hadapan Berjaya Timesquare
-Tempoh perjalanan : 6 minit +/-
-
Melalui LRT
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Hang Tuah
-Naik dan gunakan perkhidmatan Putra LRT daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Masjid Jamek
-Tukar kepada Star LRT di Stesen Masjid Jamek
-Berhenti di Stesen Hang Tuah
-Tempoh perjalanan menggunakan LRT : 10 minit +/-
-5 minit tempoh berjalan ke Berjaya Timesquare
-
Melalui KLIA ERL
-Daripada KLIA ke Stesen Imbi melalui Stesen KL Sentral
-Naik dan gunakan perkhidmatan ERL daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Stesen KL Sentral
-Tukar kepada KL Monorail di Stesen KL Sentral, menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Tempoh perjalanan : 34 minit +/-
-
Melalui Kereta/Teksi
-Berjaya Timesquare terletak :
a) 15 minit dari Stesen KL Sentral
b) 30 minit dari KLIA
-Terdapat 4500 tempat letak kereta di Berjaya Timesquare


Thursday, March 04, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO