Friday, August 17, 2012

Kegunaan Bio Oil (2)


Sebelum ni saya ada buat review pasal Bio Oil ni. Title post 'Kegunaan Bio Oil (1)'. Ok time tu saya baru guna Bio Oil ni dalam 1 bulan. Ok sekarang ni, sudah sebulan setengah saya guna Bio Oil ni. Setakat ni saya pakai ok lah. Dan satu hal yang saya nak share kali ni adalah... cewahh...macam ape je.

Ok setelah sebulan setengah saya menjadi pengguna tegar Bio Oil ni. Hmmm setakat ni tiada kesan ketara, cuma kulit muka nampak lembab sikit lah. Pastu garis-garis halus nampak kurang sikit. Tapi tidak mengapa sebab dalam botol Bio Oil ni pun ada tertera kena rajin pakai, iaitu dua kali sehari dalam masa paling minimum 3 bulan.

Saya suka sapu Bio Oil ni banyak-banyak kat muka. Selalunya saya pakai di waktu malam lah. Tapi sekarang ni saya dah cuba pakai di waktu siang.

Cara-cara menggunakan Bio Oil di waktu siang:
  1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit
  2. Keringkan muka dengan kain bersih
  3. Sapu Bio Oil secara rata kat muka. Buat urutan perlahan pada bahagian dekat mata, dahi dan pipi. Elakkan terkena mata.
  4. Kalau boleh tunggu sampai Oil meresap ke dalam kulit sehingga kulit muka tidak terlalu berminyak.
  5. Last, sapu bedak muka. Saya guna bedak muka Johnson's. Okay ....dah settle. Kalau nak pakai make-up lepas tu pun tiada masalah.

So, kita still boleh pakai bedak muka dan make-up walaupun berasaskan Bio Oil. Saya kurang pasti samada cara saya betul atau pun salah. Tapi so far saya pakai macam tu , ok je. Bedak pun tidak bertompok-tompok kat muka. Yang penting jangan sapu Oil terlalu banyak dan tunggu sampai Oil tu meresap sebelum sapu bedak muka.

Pastu time malam, jangan lupa bersihkan muka. Ini adalah sangat penting untuk membersihkan bedak, make-up dan kotoran-kotoran kat muka. Lepas membersihkan muka diwaktu malam, kita akan rasa muka kita lembab dan selesa. Kalau saya rajin, saya akan sapu Bio Oil banyak2 kat muka terutama kat dahi, pipi dan dekat mata yang ada garis-garis halus.

Setiap orang memang akan tua dan garis-garis di wajah akan bertambah. Tapi tidak menjadi kesalahan kalau kita ada usaha untuk melambatkan proses penuaan terutama pada bahagian muka. Lagipun muka sendiri dan at least kita akan berasa yakin dan sangat selesa... :)

Wednesday, August 15, 2012

Forex PrelaunchX : Get A Free Forex Trading Account


Saya baru saja tau pasal Forex PrelaunchX ni. Itu pun ada orang bagi cadangan supaya saya join. Sebelum ni memang pernah dengar macam forex tapi bila dengar untuk starting tu kena labur duit, saya tak jadi lah join. Yelah bab duit ni takut sikit. Kalau labur duit pun belum tentu dapat untung. Tapi ada juga kawan-kawan yang join forex dan dapat untung lumayan.

Sebenarnya forex ni banyak jenis. Dan salah satunya Forex PrelaunchX ni lah. Saya kurang pasti sejauh mana betul atau tidak kita boleh mendapat keuntungan daripada forex jenis ini. Yang pasti ini peluang yang baik untuk mencuba. Sebab? Kita tidak perlu invest duit untuk join Forex PrelaunchX ni. lepas kita mendaftar nama, dalam baki akaun terkini kita ada USD100. USD kalau convert jadi RM lebih daripada dua kali ganda. Maknanya, dorang bagi free USD100 untuk registration. Tidak perlu bayar. Starting USD100, nanti dia naik lah sikit-sikit. If rugi pun tidak apa sebab bukan kita bayar pun. So, apa salah mencuba. Let say kalau betul-betul kita boleh keluarkan duit tu nanti, mesti rasa menyesal tak join awal-awal.

Menurut info dalam website Forex PrelaunchX ni, nanti dorang akan launches Forex Firm X pada 27 August 2012. Selepas tu barulah kita berpeluang untuk mendapat duit yang ada dalam akaun kita. Selepas anda register, anda boleh baca sendiri info-info di dalam website tersebut.


 Sebenarnya terdapat tiga cara untuk meningkatkan jumlah dalam akaun Forex PrelaunchX ni dan ianya sangat-sangatlah mudah. Selepas register dalam website Forex PrelaunchX
  • Forex ni sendiri yang akan managed akaun kita.
  • Kita boleh menambah bonus dengan mengajak orang lain register dibawah akaun kita. Senang saja, tidak perlu paksa-paksa orang, cakap banyak macam nak jual barang. Very Simple. Register dan semua info ada di dalam.
  • Komisyen setiap bulan. Setiap orang dibawah akaun kita akan menyumbang komisen sebanyak USD10.

Lagi best orang yang boleh daftar dibawah akaun kita tidak terhad. Malah kita berpeluang mendapat bonus dan komisyen daripada 10 peringkat ke bawah. Maknanya kalau orang yang register dibawah kita mendapat ramai orang, setiap orang itu akan menyumbang bonus atau komisyen dalam akaun kita. Sangat-sangatlah mudah.

Kalau malas ajak orang pun tidak apa. Just ikut cara yang pertama di atas tu ja lah. Tengok turun or naik jumlah.
Sekali lagi saya ingin bagitahu, saya pun kurang pasti sejauh mana betulnya Forex PrelaunchX ni. Tapi, adalah peluang yang baik untuk mencuba sebelum 27 August 2012, iaitu masa yang dijadualkan untuk launched Forex Firm X. Buat masa ni kalau register, dalam akaun memang akan diberi free USD100.


 Saya baru register minggu lepas dan mendapat tahu sebenarnya sudah ramai yang register. Menyesal pula tidak register awal-awal. Orang lain dah dapat jumlah berpuluh ribu dalam akaun. Ok, mula-mula saya register, memang jumlah dalam Current Account Balance : $100.00 dan sekarang sudah naik $111.83 (Tengok gambar di atas). Naik sikit pun tidak mengapa lah kan...$100 free dan baru join..

 
Manakala yang bonus pula macam ni. Orang yang joined di bawah akaun saya baru 6 orang. Dibawah mereka ada 3 orang, dan dibawah lagi ada 3, 9, dan seterusnya. Kita akan mendapat bonus dan komisyen sampai peringkat 10 ke bawah.

Hmmmm...apa-apa pun semua kita akan tahu selepas 27 August nanti. Tapi tidak salah joined sekarang selagi ada USD100 free ni. Kalau start bayar, susah lah.

Sekiranya berminat untuk register. Pergi ke website PrelaunchX 

Tuesday, August 14, 2012

Buka Puasa 2012 Bersama Digi

14th August 2012 (Tuesday) - Tadi saya pergi join berbuka puasa kat Café Marmalade, Bangsar Village II. Iftar bersama DiGi ini memang best. Selain dapat berbuka puasa bersama DiGi, Nuffnang dan beberapa Bloggers lain, dapat juga berkenalan dengan beberapa orang yang hadir tadi. Sebenarnya saya ni jenis yang malu-malu kucing sikit, so kalau nampak saya kurang ramah, sorryyy.


Kak Aishah ni daripada DiGi. Time ni dia tengah menerangkan sikit info tentang DG Smart Plan. Nampak apa yang appear kat screen tu? 

DG SmartPlan - the 4 Smarts
  • Internet Pintar  - RM88 RM63, Internet bulanan (5GB)
  • Panggilan Pintar - Tiada penggunaan panggilan minimum
  • Penjimatan Pintar - Internet percuma
  • Perantauan Tanpa Risau (Roaming) - Daripada RM36/hari perantauan internet(roaming) tanpa had


Travel bag from DiGi. Cantik kan?? Rasanya bag ni semua limited edition.


Selepas Iftar, DiGi & Nuffnang ade buat games. Macam gambar atas tu, wakil daripada DiGi kena lukis dan siapa yang boleh teka answer tu dengan betul, dapat special gift from them. Simple and so fun...


Mereka juga adakan games untuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan kena jawab 3 questions seperti di atas dan jawab via twitter. Oppss, kebetulan hp saya tak subscribes internet. Nasib baik lah Cafe ni menyediakan Wi-Fi, kalau tak sure group kami kalah.


Gambar atas ni pula, kami kena buat gaya swimming. Creative tak?? Haha .... Since it still in the olympic season, so games pun ala-ala olympic. Orang kat belakang sekali pakai t-shirt yellow daripada DiGi, team leader kami. Team no.3 ~~ehehehe~~

 

Bergambar after games baling bola yellow ke dalam bekas-bekas tu. Really fun..


Finally..... team no.3 won and that's my team eehheee...



Alamak, bos daripada DiGi posing lah. Ehehe... Travel bag color oren tu hadiah paling istimewa untuk pemenang kuiz twitter. Saya nak bag tu tapi saya tak menang kuiz :(



Itu dia pemenang kuiz malam tu. Zaid nanti nak pinjam bag boleh tak?


Gambar beramai-ramai sebelum bersurai.

Thanks DiGi :) you must follow me !!!

Friday, August 10, 2012

My New Modem : Huddle XS 4G Mobile Hotspot


Yay, this is my new modem and I bought it last month. So far i can say that this is the fastest internet i ever use.

Before this, i'm using 3G internet and I had paid for my internet connection every months but it signal at my area was very poor. Then, i decided to find another internet package.
 

Green light means it excellent signal. Why i really like to use this modem? Maybe u want to know about it's exceptional features: 
  • Connects up to 5 devices
This type of modem might suitable for those with families. However, I use it for my own self. It can connect up to 5 devices. Since i only have laptop and iphone, so both can connect with Wi-Fi at the same time. No need to subscribe any 3G internet package for iphone. Save!!
  • Battery life for up to 6 hours
The best thing is, this small modem still can use even when i'm outside or hangout with friends at gerai makan :)
  • Wi-Fi internet as fast as 20Mbps
Compare with 3G, 4G line was very fast. Woww...i can surfing internet, watching movie without having to wait long for videos to buffer.
  • Ultra-small lightweight design of 54g, 67[H], 67[L], 12.5[W] mm 
It was small size and i can carry it wherever i want. I can put it in my purse or pocket as well or in my handbag.



It provides 2 types of modem charger. Can charge direct to the plug point or using usb port.


Small but powerfull !!!


As other gadgets, Yes also provide its 'Quick Start Guide'.

Monday, August 06, 2012

Jarang Makan Nasi ?

Akhir-akhir ni aku dah jarang makan nasi tapi perut aku sentiasa kenyang. Sebabnya aku makan kerap tapi kuantiti yang kurang. Kadang-kadang aku makan roti, minum milo, makan oat, kuih, biskut.... paling-paling pun aku makan bubur lambuk tapi sikit lah. So, disamping fiber drink yang aku minum tu (at least ada lah sumber vitamin), perut aku sentiasa rasa kenyang.

Hmmm, aku kurang pasti samada cara aku ni baik untuk diet atau pun tidak. Tapi elok juga aku amalkan macam ni. Jimat pun jimat. tidak perlu beli nasi dengan lauk ayam segala. Set mcD atau KFC. Semua tolak tepi. Ambil yang berserat tinggi ja buat masa ni. Kalau beli roti pun boleh makan untuk beberapa hari.

Hmmm.... sekarang ni pun baru je lepas makan 3 keping dan minum milo suam. Roti rendah lemak gardenia yang Light Fibremeal...Kenyang....

Friday, August 03, 2012

Sew Jeans By Hand

My jean's leg length is a little bit longer and i want to wear it tomorrow. The thing is, i dont have sewing machine at home. So i just cut them and sew it by hand.

(1)

 (2)

I am not skilled in sewing but i do enjoy doing this.

Done! And i can't wait to wear my jeans tomorrow :-D

Thursday, August 02, 2012

Rahsia Sebenar Mendapat Bentuk Badan Yang Diidamkan

Yes! Akhirnya saya berjaya mengecilkan saiz badan :-P Dulu kalau nak pakai baju pun terpaksa cari saiz yg besar-besar. Saiz L... yelah nak cover perut. LOL. Sekarang saiz M dah boleh pakai. Saiz S ?.....coming soon...

Sebelum ni berat badan  saya naik mendadak daripada 52kg ~ 64kg. Banyak tak beza? Dasyat kan. Sampai tak larat nak jalan jauh. Baju lama dah bertukar pemilik. Semua bawa balik kampung. Saya terpaksa beli baju baru, saiz baru.

kalau korang baca entry saya yang sebelum ni. Saya pernah amalkan teh hijau, malah sampai sekarang masih ada baki stok teh hijau kat rumah. Minum teh hijau ni ada kebaikannya tapi belum tentu mampu mengecilkan saiz badan dan mengurangkan berat badan. Lagipun tak larat pula nak pergi toilet banyak2 kali. Yela, selepas lebih kurang 8 jam minum teh hijau, mulalah perut memulas2 dan terpaksa pergi ke toilet. Kalau sekali takpe juga. Ini berkali-kali...huhuhu...

Sebagai seoarang wanita, tipulah kalau saya takde perasaan untuk mahu kelihatan cantik. Tapi bila saiz badan dah bertambah, sedikit perasaan malu dan rendah diri tu automatically ada. Hmmmm... Macam-macam produk saya try, tapi semua kurang berkesan.

Akhirnya.....cewahh...

2 minggu lepas, seseorang telah sponsor saya produk ni. (Lihat gambar bawah)

Melaleuca FiberWise (Citrus Orange)

Tipu lah kalau saya katakan berat badan saya turun 10kg. Melampau dalam 2 minggu boleh turun 10kg. Sebenarnya alat penimbang kat rumah saya ni dah rosak....alat tu dah lama....dah sewel sikit. So berat badan tak sure lagi berapa banyak dah turun. CUMA, sekarang saya dah boleh pakai baju2 saiz kecil sikit lah. Nak bergambar pun rasa confident sikit sebab muka dah tak sebulat dulu. Ehehehehe... Okay nanti dah habis 1 bekas tu, saya akan share lagi kat blog ni, apa hasilnya.

Lagi satu, lepas 2 minggu mengambil FiberWise ni, kulit nampak bersih sikit lah. Eloklah. Sy jarang makan buah-buahan. So dgn minum FiberWise ni, boleh dapat vitamin yang cukup. 100% sy berani recommend kat korang. Sebenarnya lepas minum FiberWise ni pun, ada juga rasa nak pergi toilet. Memang lawas baiklah. Tapi normal lah sehari sekali dan takde lah suffer macam minum teh hijau. Siapa yang ada hati nak diet, elok lah ambil benda ni. Harga pun berbaloi, start bulan depan nak beli lah. Kepada yang sponsor bulan ni, terima kasih banyak2 ya...terutama sebab dah recommended me product yang sangat sesuai. I think this product is the best fiber which is good for diet and health that I ever tried..

FiberWise ni mengandungi 7 sumber serat. Kalau minum memang terasa padat dengan serat. 7 serat semulajadi yang unik iaitu sekam psilium, oat, epal, dedak padi, inulin, serat maltodekstrin dan fruktooligosakarida(FOS). Serat2 ni penting untuk menghilangkan toksin, lemak, kolesterol dan sisa buangan dari sistem badan. 

Selain 7 sumber serat, FiberWise ni juga mengandungi:
  • Herba dan botani yang melegakan
  • Vitamin A, C dan E
  • Asid Folik
  • Lactobacillus Acidophilus

Setiap orang ingin kelihatan cantik dan yang paling penting sihat. Cantik dan sihat bukan sahaja luaran, justeru dalaman juga. Sama-sama kita mengekalkannya :-D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO