Tuesday, April 10, 2012

Battleship : Movie Review


Terima kasih kepada nuffnang kerana memberi kami peluang untuk menonton Battleship movie ini lebih awal sebelum ditayangkan di pawagam. Jalan cerita Battleship ni memang menarik. Lebih kurang macam Transfomer sikit. Tapi tetap ada perbezaan lah. Yang menarik dalam movie ni dorang lebih banyak berperang kat laut. 

Apa yang menarik dalam movie ini, Rihana  yang terkenal dengan lagu Umbrella pun ada berlakon sekali. Really owesome. Best Movie!!

 
Directed by 
Peter Berg 

 Rihanna

 Taylor Kitsch 


Summary

Peter Berg (Hancock) produces and directs Battleship, an epic-scaled action-adventure that unfolds across the seas, in the skies and over land as our planet fights for survival against a superior force. Inspired by Hasbro’s classic naval combat game, Battleship stars Taylor Kitsch as Lt. Alex Hopper, a Naval officer assigned to the USS John Paul Jones; Brooklyn Decker as Sam Shane, a physical therapist and Hopper’s fiancée; Alexander Skarsgård as Hopper’s older brother, Stone, Commanding Officer of the USS Sampson; Rihanna as Petty Officer Raikes, Hopper’s crewmate and a weapons specialist on the USS John Paul Jones; and international superstar Liam Neeson as Hopper and Stone’s superior (and Sam’s father), Admiral Shane.

Sunday, April 08, 2012

Teater Muzikal Gerimis Mengundang

Huh, sudah lama aku x update blog. Busy memanjang. Saja nak bagitau ni, baru-baru ni member aku dapat ticket free untuk tengok Teater Muzikal Gerimis Mengundang dari seseorang (rahsia hehehehe). Dia dapat 4 tickets, so aku salah seorang yang dia invite :) 

Memang x sabar nak cakap pasal teater ni dan actually daripada hari tu lagi nak update blog semata-mata nak citer pasal Teater Gerimis Mengundang ni tapi aduhh jadual kerja aku terlalu padat ... sampai x cukup tidur..

Jujurlah aku cakap, setakat ni aku dah tengok teater kat istana budaya sebanyak 3 kali dan teater ni lah yang paling best. Rasanya x perlu aku bgtau teater apa yang aku tengok sebelum ni. Actually semua teater yang aku tengok best2 cuma Gerimis Mengundang ni ada part kelakar ,,,itu yang aku rasa sangat syookk.... dan memang menjadi lah... Secara keseluruhan, aku memang terhibur lah tengok teater kali ni....

Mula-mula tu aku ingat teater ni biasa2 je. Ooooo mungkin teater cinta yang sedih amat. Rupa-rupanya teater ni terselit cerita yang romantik, lawak, serius dan sedih of cozzz... ehehehe. Aku tak sangka semua yang terlibat dalam teater ni hebat2... mampu membuatkan semua orang berpuas hati walaupun ada yang terpaksa bayar mahal sebab nak beli ticket ;)

Dalam teater ni siap ada kapal terbang tu... yelah ZAMANI dalam citer ni kan juruterbang, so kena lah naik kapal terbang juga... Tapi ending sedih lah ... huhuhu..... Memang best!!! Teater ni last 8 April 2012, so kepada yang berminat tu ada masa lagi pergi tengok teater ni kat Istana Budaya...hari ni last...

Teater Muzikal Gerimis Mengundang

Panggung Sari Istana Budaya

27 Mac hingga 8 Apr 2012

Harga Tiket RM38, 58, 78, 98, 108, 128, 158, 188, 308

Hotline : 03-41478600

Pelakon utama dalam teater Kamal Adli & Mikha Tambayong

Penulis skrip Azwan Annuar

Pereka tari Belalang

Pengarah muzik Jasnie Mohd Yaakub

Penolong pengarah Taiyuddin Bakar

Pengarah Ahmad Idham

Penerbit Datuk Md Afendi Bin Hj Hamdan, Den Wahab, Ahmad Idham Ahmad Nadzri  

Pelakon dalam Teater Muzikal Gerimis Mengundang Kamal Adli, Mikha Tambayong, Taiyuddin Bakar, Najua P. Ramlee, Mustaqim Mohamed, Shenty Feliziana Bte Sudirman, Rosli Mohd Taib, Sharif Kunal, Sharif Kadil, Mohd Syaiful (Semua pelakon ni memang berbakat dan kepada pelakon2 "Cayalah lor semua...terbaikk")

 Yang penting aku sempat ambil gambar bersama pelakon Nada Cinta, Mikha Tambayong :)

Kisah Gerimis Mengundang

Pernahkah kita terpaksa memilih di antara dua persimpangan dalam kehidupan? Itulah yang dialami oleh ZAMANI (Kamal Adli) seorang juruterbang muda yang berhadapan dengan kemelut percintaan di antara dua orang gadis yang meminatinya iaitu YANA (Shenthy Feliziana) dan CINTA (Mikha Tambayong)
.
Antara persimpangan ini, ada RIZAL (Mustaqim Mohamed Zaki) hadir ketika ZAMANI, YANA dan CINTA membuat pilihan, jalan kehidupannya.

Pada masa yang sama, rakan baik ZAMANI, JERING (Taiyuddin Bakar) berhadapan dengan konflik dengan kekasih hatinya iaitu MULAN (Najua P. Ramlee) apabila MULAN sakit hati dengan kelakuan JERING.

Persimpangan ini telah menyebabkan ZAMANI terpaksa memilih salah seorang antara mereka. Dan pilihan itu juga, telah menyebabkan berlakunya sebuah tragis, yang pastinya pernah dihadapi oleh kita semua.

Siapa yang menjadi pilihan hati ZAMANI?

BENARKAH CINTA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA...


*******************
Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu Movie Gerimis Mengundang yang akan ditayangkan di cinema start 31 MEI 2012. Mesti best!!! Antara pelakon dalam movie tu nanti Kamal Adli, Olivia Lubis Jensen, Felix Agus, Henny Yuliani, Denny Martin, Ebi Kornelis, Dhitra Marfie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO