Sunday, May 20, 2012

Diet Untuk Pekerja Shift Malam


Biskut Oat ni memang bagus untuk diet

Sampai hari ni aku masih tertanya-tanya apakah jadual diet dan makanan yang paling sesuai untuk pekerja yang bekerja pada shift yang tidak menentu. Macam aku lah. Kadang keje shift pagi, petang atau malam depends dengan jadual yang telah ditetapkan. Tapi yang paling aku tekankan shift malam lah. yelah sebab masa makan dan tidur dah out. Kalau keje pagi tu boleh control lagi. At least boleh lah budget pagi tu makan ape, tghari dan malam. Kalau keje malam??

Ada orang kata, orang yang bekerja shift malam tetap kena ambil breakfast iaitu waktu pagi macam biasa. Tapi tak kanlah nak makan pula kan. Sah-sah lepas makan terus tidur sampai petang. Dah puas aku cari info daripada website-website lain dan secara ringkas info yang aku dapat seperti di bawah ni:-

1) Breakfast atau sarapan adalah hidangan pertama yang diambil selepas bangun daripada tidur. Sebelum memulakan kerja pada jam seterusnya, badan kita memerlukan sesuatu untuk menambah tenaga. Saiz hidangan adalah kecil dan ringkas. Maknanya breakfast ni tidak semestinya diambil pada waktu pagi. Menurut pemahaman saya lah .

2) Elakkan minuman yang mengandungi caffein, minuman keras dan juga ubat yang diambil untuk membuatkan kita rasa mengantuk. Yela supaya kita dapat tidur dengan baik dan cukup.

3) Ada info yang mengatakan bagi mereka yang bekerja pada waktu malam, big meal (macam hidangan tengahari untuk pekerja morning shift) kalau boleh diambil pada akhir afternoon or early evening. Kalau boleh elakkan diambil pada waktu malam iaitu time bekerja. Makanan yang dicadangkan adalah makanan yang mengandungi sumber protein yang tinggi seperti ikan, peanut butter, telur dan banyak lg lah.

4) Yang ni sudah semestinya iaitu banyakan minum air masak. Yang mengandungi gas dan gula tu elakkan ye.

5) Kalau boleh ambil makanan dalam 3 or 4 kali tapi dalam saiz hidangan yang kecil.

Hmmm ada banyak lagi info yang aku dapat tapi takut tersalah faham lah pula. yelah yang lain tu guna istilah saintifik sikit :) Apa pun aku masih tidak berpuas hati tentang breakfast ni. Untuk pekerja shift malam, patut atau tidak breakfast diambil sebelum tidur pada waktu pagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO