Tuesday, November 16, 2010

PROTON – Asia Pacific Rally Championship (APRC)



Seperti yang diwar-warkan di media PROTON dengan bangganya memenangi tempat 1-2 dalam siri kejuaraan Asia Pacific Rally Championship (APRC) yang telah berlangsung di China baru-bari ini. Sekalung ucapan tahniah yang tidak terhingga kepada pasukan PROTON kerana telah mengharumkan nama PROTON dan Malaysia. Ini menguatkan lagi bahawa jentera PROTON setanding dengan kereta import yang lain. Proton Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Alister McRae dan Chris Atkinson menunjukkan aksi cermelang pada perlumbaan kali ini.

Alister dan Bill mengungguli perlumbaan APRC kali ini ditempat pertama. Cabaran getir yang mereka lalui sudah cukup membuktikan bahawa mereka sememangnya bersemangat kental untuk menjadi juara. Masalah tayar Satria NEO S2000 yang mereka naiki tidak mematahkan semangat untuk terus berjaya. Tetapi dengan usaha itulah kejayaan ditangan mereka.

Chris dan Ben ditempat kedua.

Satria NEO S2000 beraksi diatas litar.

Media Massa :-

“Ia adalah keputusan yang baik buat saya dan PROTON,” kata McRae. “Saya pernah mengatakan betapa Proton dan Satria Neo S2000 mampu menjuarai perlumbaan ini dan kini, kami berada di podium sekalipun berdepan pelbagai masalah.” – Sumber B.Harian

“Kami berbangga dengan kemenangan ini dan ia membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar kereta dalam arena rali antarabangsa,” kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. “Kedudukan kedua boleh dibanggakan jika diambil kira ini musim pertama kami beraksi selepas memberi tumpuan terhadap ujian dan pembangunan.”- Sumber B.Harian


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO