Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25)

Kebetulan aku free semalam , so dapatlah aku layan siaran langsung AJL25 menerusi TV kesukaan ramai TV3. Kebetulan tahun 2011 ni merupakan tahun Jubli Perak untuk AJL. Sudah 25 tahun ye..


Malam tadi semua persembahan memang hebat2. Jadi x rugi aku dok depan TV tengok siaran langsung AJL25. Tahun ni aku tengok semua persembahan up to date. Memang menarik perhatian. Terutama Hafiz, Faizal Tahir dan Ana Rafali. Persembahan dorang memang lain dari yang lain. Macam wat persembahan magic2 pun ada. Siap ada tukar2 baju, tembakan(Hafiz) dan masuk dalam air(Faizal). Memang hebat!!!


Sebenarnya aku berharap Faizal Tahir atau Stacy atau Adira menang. Tapi memandangkan yang lain pun hebat2, so aku tak kisahlah sapa2 pun menang. Lagipun juri yang dilantik bukan calang2 orang. Sudah tentu dorang dah wat keputusan yang paling tepat.


Artis yang wat persembahan untuk opening AJL25 dah sememangnya barisan artis perintis yang paling popular suatu ketika dulu. Sapa lagi kalau bukan Francisca Peter (Sekadar di pinggiran), Nash (Pada syurga di wajahmu), M. Nasir (Tanya sama itu hud-hud & Ghazal untuk Rabiah).


Di akhir persembahan semua artis2 yang berentap semalam, ada Datuk Sharifah Aini (Kau tinggi di awan biru & Oh di mana), Ziana Zain (Anggapanmu & Madah berhelah), Datuk Siti Nurhaliza (Balqis, Nirmala & Cindai).

Pengacara AJL25 pun best2 iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.

Senarai 14 finalis Anugerah Juara Lagu 25:-

1) Yuna - Cinta Sempurna


2) Tomok - Berlari


3) A.P.I - Pelita


4) Shahir - Kebahagiaan dalam perpisahan


5) Meet Uncle Hussain - Drama King


6) Hafiz - Noktah cinta


7) Ana Rafali - Tolong ingatkan aku


8) Faizal Tahir - Selamat malam


9) Adira - Ku ada kamu


10) Bunkface - Extravaganza


11) Black - Sofea Jane


12) Faizal Tahir - Hanyut


13) Stacy - Jahat


14) Hujan - Mencari konklusi


Keputusan Anugerah Juara Lagu 25
  • Vokal Terbaik (RM10,000 + Trofi)
Faizal Tahir - Hanyut

komposer : Audi Mok

Lirik : Faizal Tahir
  • Persembahan Terbaik (RM10,000 + Trofi)
Hafiz - Noktah cinta

komposer : Ajai

Lirik : Sheikh Qalam
  • Tempat Ketiga (RM12,000 + Trofi)
Hafiz - Noktah cinta

komposer : Ajai

Lirik : Sheikh Qalam
  • Tempat Kedua (RM15,000 + Trofi)
Meet Uncle Hussain - Drama King

komposer : Taja

Lirik : Tun Teja
  • Tempat Pertama (RM35,000 + Trofi)
Ana Rafali - Tolong ingatkan aku

komposer : Ana Rafali

Lirik : Ana Rafali

Tahniah kepada semua pemenang. Terutama kepada Ana Rafali. You memang best!!! Bertuah badan. Penyanyi, komposer dan lirik adalah orang yang sama. Pada asalnya komposer terkenal Aidit Alfian yang mengakui bakat terpendam Ana Rafali melalui youtube. Dan sekarang kita tengok hasil nya. Penyanyi muda yang cantik lagi berbakat berjaya mengukir kejayaan di AJL25.

********************


Stacy

Persembahan daripada Juara AJL25 Ana Rafali


Datuk Siti Nurhaliza
Ziana Zain

Datuk Sharifah Aini
Hujan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO