Monday, January 10, 2011

Novel kanak-kanak dan remaja - Janji Athirah

Novel ini sesuai untuk kanak kanak dan remaja. Hasil karya Zara Aluwi terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

SINOPSIS
Athirah, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh emak dan ayah ketika usia 3 bulan. Kedua ibu bapanya berpisah akibat penceraian. Emak Athirah kemudiannya berkahwin semula dan menjalani kehidupan bersama suami barunya. Manakala ayah Athirah tidak diketahui ke mana arahnya.

Athirah ditinggalkan di bawah peliharaan nenek Singgul. Kepada nenek Singgul dia diserahkan untuk mengadu nasib. Athirah amat gemar mendengar neneknya bersyair, bergurindam dan bercerita. Dalam menjalani kehidupan hari-hari, Athirah dan nenek Singgul sama-sama melalui kehidupan serba sederhana, namun mereka bahagia. Nenek Singgul lebih mementingkan kejayaan masa depan cucunya.

Dalam pada itu, Athirah dimusuhi, dibenci dan dicemburui oleh Mak Andak, emak saudaranya. Bertambah memilukan apabila emaknya, Puan Maznah tidak mampu bertahan mengawal ledakan kebencian. Athirah menjadi tempat untuknya melepaskan geram terhadap bekas suami pertamanya. Yang pasti, Athirah akan menjadi mangsa cubitan, pialan di telinga malah sebatan rotan ke seluruh badan. Apa sahaja yang dilakukan oleh Athirah ada sahaja tidak kenanya. Begitulah kalau orang sudah membenci. Bertambah malang nasib Athirah apabila nenek Singgul meninggal dunia. Dapatkah dirinya melaksanakan harapan nenek Singgul. Bagaimanakah Athirah menghadapi insan-insan yang membencinya? Mampukah dia bertahan?

********************
KOMEN
Jalan cerita dalam novel Janji Athirah berunsurkan pengajaran dan merupakan satu kisah yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada mereka yang mempunyai masalah keluarga namun terpaksa meneruskan hidup demi mencapai impian.

Menurut penulis novel Zara Aluwi, idea2 berdasarkan kisah hidup yang pernah dilaluinya sendiri, kemudian diolah menjadi satu cerita yang menarik. [Bukan 100% kisah hidup penulis]

Novel Janji Athirah memang best.

HARGA
Semenanjung Malaysia RM10.90
Sabah/Sarawak RM13.90



RUJUKAN
Laman web penulis : http://www.zaraaluwi.com/janji-athirah


Laman web Fajar Pakeer : http://fajarpakeer.blogspot.com/2010/12/janji-athirah.html
********************
Novel hasil karya penulis Zara Aluwi

Tidakkah Ada Rindu
SINOPSIS
Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.

Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.

Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.

Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?

Belahan Jiwa
SINOPSIS
Novel ini membawa kisah mengenai ketabahan hati seorang insan bernama Anne yang ditinggalkan dengan pancaroba dunia yang penuh dengan dugaan. Anne seorang wanita yang bertanggungjawab dan sanggup membuat apa sahaja untuk keluarganya demi kasih sayang terhadap mereka. Setelah kedua keluarganya meninggal dunia kerana mendapat kemalangan, di atas bahunya disandarkan segala tanggungjawab menjaga dan mendidik anak saudaranya bernama Amri. Dia bersyukur kerana pembantu rumah keluarganya Juita yang telah dianggap sebagai ibunya sendiri sanggup hidup susah bersamanya.

Bersama Zamri dan Alex, mereka membuka syarikat sendiri. Kehilangan keluarga membuatkan Anne ingin membalas dendam terhadap orang yang bertanggungjawab membunuh ayah dan ibunya. Bersama rakan-rakan sekerjanya, dia berusaha menubuhkan sebuah pusat kawalan. Usahasama mereka bertiga, dapat membangunkan pusat kawalan keselamatan yang mengakses pencarian dan pengesanan lokasi melalui satelit. Projek mengeluarkan alat pengesan berupa cip yang menawarkan akses pantas yang dapat mengaplikasikan sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) dibeli oleh syarkat telekominikasi. Gabungan isyarat GPS dan PLD rekaan yang berteknologi satelit dapat mengesan dan menghubungkan ke rangkaian telefon atau CCTV yang dipasang di merata tempat dan menghantar maklumat dan imej ke pusat kawalan mereka. Dengan cip berkenaan mereka dapat mengesan lokasi atau sesiapa yang hilang atau penjenayah dengan spesifik dan pantas. Ini telah terbukti apabila anak Zamri, Syuhaili hilang di pasaraya. Anne begitu pantas dapat menewaskan si penjenayah.

Di Kota Kuala Muda, Anne dapat mengesan sendiket penyeludupan melalui bantuan Alex dan Zamri yang mengawal pusat kawalan mereka. Akhirnya sendiket yang di ketuai Mr. Wong tumpas. Baharulah rahsia terbongkar Mr. Wong yang didendami oleh Anne bukanlah ayah Alex tetapi bapa saudara Alex.

Juita tidak mahu baka dari keturunan penjenayah. Apatah lagi Alex dari keturunan Mr. Wong yang telah membunuh Adrian dan Mariam, ibu dan bapa kepada Anne. Hati Juita masih marah. Lantas tidak membenarkan Anne berkahwin dengan Alex. Anne membawa diri ke Afrika melakukan kerja amal. Sepanjang ketiadaannya, Alex jatuh sakit dan menjadi tidak siuman. Amri pula diserang dan tidak sedarkan diri. Juita menyesal dan mengharap Anne kembali kepadanya. Dia rasa bersalah kerana tindakannya membomohkan Alex dan membuatkan Alex menjadi gila.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO