Aku dah 2 bulan tak pergi gym. Esok nak start g gym balik lah. Pastu nak control makan makanan yang berlemak. Harap2 aku boleh buat lah sebelum February ni.
Buat masa ni aku mula amalkan minum Teh Hijau. Dah lama beli tapi minum sekali sekala je. Tapi sekarang aku nak disiplinkan diri aku. Kalau boleh minum setiap hari atau selang sehari. Sekarang ni aku ambil 2 jenis Teh kesihatan. Detoxlim Natural Clenx Tea dan Herbal Tea Orang Kampung. Bagi aku fungsi sama je. Tapi yang Detoxlim Natural Clenx Tea ni dalam bentuk teabags, so senang nak bawa ke mana2. Kalau kat umah aku just minum Herbal Tea Orang Kampung je, lagipun murah sikit. 1 kotak RM19 kat watson. Tengok lah kalau ada sale lagi murah.
Hari ni dah masuk 5 hari aku minum Teh ni berturut2. 1 uncang 1 hari. Perut rasa selesa seolah2 lemak dalam perut dah kurang. Disebabkan aku minum banyak, so badan macam best sikit. Tapi aku still ada masalah besar. Lemak kat bahagian kaki ni macam tak kurang2 pon :( Mungkin kena senaman lebih kot. Adui penatnye...
Aku tau minum Teh ni juga baik untuk kesihatan selain dapat mengekalkan berat badan/ bentuk badan. Berdasarkan maklumat yang aku baca kat blog2 orang lain, Teh Detoks ni memang bagus pun untuk mencegah penyakit tekanan darah tinggi, diabetes/kencing manis dan mengawal berat badan.
Hmm bulan ni aku masih dalam percubaan nak turunkan berat badan. Lagi 1 bulan woooo. Nanti next month aku share dalam blog ni either aku ada perubahan yang positif atau negatif :)
********************
Herbal Tea Orang Kampung(Limau Purut)
Herbal Tea Orang Kampung(Limau Purut)
- Khas untuk mengurangkan berat dan bau badan
- Mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal
- Menggalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit
- Meningkatkan keupayaan organ-organ detoksifikasi
- Menguatkan sistem imunisasi
aku pun nak kurus.
ReplyDeleteKurus tak makna sihat. Senanam kena buat sekali sekala kalau lumrah hidup stagnant lifestyle tuk melancarkan perjalanan darah, otot dan kekuatan tulang.
ReplyDeletegreat info! nak beli jugaklah nnt! dh ada penurunan ke?
ReplyDeletebut dear, plz feel free kongsi tips diet kat my blog =.=" n do gimme support to loose weight
i really need to loose my weight :(
Zaid: boleh je...tapi ambil masa lah...yg penting kita x makan banyak ye
ReplyDeleteShahiran: betul tu...diet sihat plus senaman
Perempuan xxxl: actualy sekarang tgh testing lg...tengok lepas sebulan nanti sy share kat sume..