Tuesday, July 24, 2012

Kegunaan Bio Oil (1)

Kali ni nak share 1 pengalaman baru. Cuba tengok gambar atas. Sharing kali ni adalah pasal Bio Oil ni lah. Sebenarnya sy ni mengalami 1 masalah kulit yang boleh dikatakan teruk juga lah. Kulit jenis kering pastu cepat mengelupas. Kalau tak pakai losyen nanti kulit muka macam ada part2  yang color putih. Bila tengok dekat2 kat cermin tu macam kulit kering lah. Banyak kat bahagian pipi dan dekat mulut. Pastu kalau kena cahaya matahari sikit, muka dah macam terbakar (sunburn).

Dah macam2 produk dah sy try tapi semua nampak cam tak berkesan. Ada beberapa brand krim muka yang memang x boleh ngam dgn muka sy. Bila pakai je macam tak meresap. Moisturizer tu jadi macam gam kat muka sy. Nanti keluar macam putih2..Korang pernah tak mengalami macam tu? Sy kurang pasti sebab apa tapi rasa menyusahkan pula bila pakai krim jadi macam gitu. Lepas sapu moisturizer 1 hal pula nak kena lap balik krim yang kering dan x meresap kat muka.

Cari punya cari.....daripada 1 brand moisturizer ke brand yang lain dan semua hampeh.... malah membuat kan kulit muka sy lagi bertambah kering. Akhirnya sy jumpa Bio Oil. Mula2 tu saja je nak try yg nampak oily. Selalu nya macam krim2 gitu kan tapi kurang berkesan, kali ni nak yang betul nampak minyak. Ambik ko...

Ok dalam 1 minggu pertama tu sy pakai waktu siang dan malam. Just sapu Bio Oil je. Xde letak toner ke , krim ke, foundation ke apa ke, xde.... 1 minggu tu xde nampak kesan lagi.

Minggu kedua pula sy start pakai malam je. Kecuali time cuti atau sy duduk rumah then sy sapu Bio Oil kat muka. Time keje siang tu sy pakai moisturizer dan bedak muka sikit, supaya x nampak muka berminyak2 kat ofis. Ok sekarang dah 1 bulan sy pakai Bio Oil ni. Result setakat ni ok, muka nampak lembab sikit. Kulit muka macam bersih sikit lah. Rasanya warna kulit dah natural semula kot. Member2 pun ada yang tegur. Macamana pun sy masih x puas hati lagi sebab kulit masih nampak kering sikit wlupun ada perubahan sikit.

Memandangkan ada kesan positif biarpun sikit, tapi sy ingat nak try dulu sampai habis 1 botol tu. Lagipun 1 botol ni rasanya boleh guna lama. Sy dah guna sebulan dan banyak pula tu sapu kat muka, leher, lengan...cuba tengok dalam gambar atas tu...banyak lagi kan??

Berdasarkan info yang tertera pada kotak Bio Oil tu : produk ni memang diformulasi untuk membaiki kesan parut, regangan kulit dan warna kulit serata. Bio Oil ni mengandungi PurCellin Oil yang berkesan untuk penuaan kulit dan kulit kering. Elok juga Bio Oil ni, boleh awet muda :) x salah kita mencuba kan....

Oil ni boleh diguna untuk muka dan badan. Sy ada gak sapu kat lengan yang nampak bergaris2 tu...yela sy kan kejap gemuk, kejap kurus, so ada lah garis2 putih bawah lengan tu. nampak macam kulit tu meregang ke lemak pecah sy tak pasti lah kenapa ade putih2 kat situ. Entah2 selulit... Tapi lepas sy sapu benda ni, nampak macam kurang sikit lah....

Kat botol tu ada bagitau Bio Oil ni guna 2 kali sehari dan minimum 3 bulan. Agaknya lepas 3 bulan kot baru nampak hasil sebenar. Oil ni mengandungi Vitamin A & E, minyak Kalendula, Lavender, Rosemary & Kamomil. Penyerapan cepat, tapi sy memang suka pakai banyak2. Lepas urut2 kat muka, sapu lagi sampai puas hati. Saje.

Siapa nak cari tips bagaimana untuk merawat kulit kering. Rasanya anda boleh try lah Bio Oil ni. Lagipun oil ni memang sesuai untuk kulit sensitif dan sememangnya halal.  Tak salah kita cuba kan.... Kat watson or guardian yang botol kecil tu RM30 lebih je. Hari tu ada promotion RM28..hehehe

Sambungan ~ Kegunaan Bio Oil (2)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO