Friday, August 17, 2012

Kegunaan Bio Oil (2)


Sebelum ni saya ada buat review pasal Bio Oil ni. Title post 'Kegunaan Bio Oil (1)'. Ok time tu saya baru guna Bio Oil ni dalam 1 bulan. Ok sekarang ni, sudah sebulan setengah saya guna Bio Oil ni. Setakat ni saya pakai ok lah. Dan satu hal yang saya nak share kali ni adalah... cewahh...macam ape je.

Ok setelah sebulan setengah saya menjadi pengguna tegar Bio Oil ni. Hmmm setakat ni tiada kesan ketara, cuma kulit muka nampak lembab sikit lah. Pastu garis-garis halus nampak kurang sikit. Tapi tidak mengapa sebab dalam botol Bio Oil ni pun ada tertera kena rajin pakai, iaitu dua kali sehari dalam masa paling minimum 3 bulan.

Saya suka sapu Bio Oil ni banyak-banyak kat muka. Selalunya saya pakai di waktu malam lah. Tapi sekarang ni saya dah cuba pakai di waktu siang.

Cara-cara menggunakan Bio Oil di waktu siang:
  1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit
  2. Keringkan muka dengan kain bersih
  3. Sapu Bio Oil secara rata kat muka. Buat urutan perlahan pada bahagian dekat mata, dahi dan pipi. Elakkan terkena mata.
  4. Kalau boleh tunggu sampai Oil meresap ke dalam kulit sehingga kulit muka tidak terlalu berminyak.
  5. Last, sapu bedak muka. Saya guna bedak muka Johnson's. Okay ....dah settle. Kalau nak pakai make-up lepas tu pun tiada masalah.

So, kita still boleh pakai bedak muka dan make-up walaupun berasaskan Bio Oil. Saya kurang pasti samada cara saya betul atau pun salah. Tapi so far saya pakai macam tu , ok je. Bedak pun tidak bertompok-tompok kat muka. Yang penting jangan sapu Oil terlalu banyak dan tunggu sampai Oil tu meresap sebelum sapu bedak muka.

Pastu time malam, jangan lupa bersihkan muka. Ini adalah sangat penting untuk membersihkan bedak, make-up dan kotoran-kotoran kat muka. Lepas membersihkan muka diwaktu malam, kita akan rasa muka kita lembab dan selesa. Kalau saya rajin, saya akan sapu Bio Oil banyak2 kat muka terutama kat dahi, pipi dan dekat mata yang ada garis-garis halus.

Setiap orang memang akan tua dan garis-garis di wajah akan bertambah. Tapi tidak menjadi kesalahan kalau kita ada usaha untuk melambatkan proses penuaan terutama pada bahagian muka. Lagipun muka sendiri dan at least kita akan berasa yakin dan sangat selesa... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO