Saturday, July 28, 2012

Mb Golden Collagen Gel

Sebelum ni sy ada posted mengenai Bio Oil. Ya, memang sy guna Bio Oil untuk muka time malam dan juga waktu siang (time cuti atau di rumah).  Muka sy memang jenis kering sebab tu nampak elok kalau guna moisturizer yang jenis oily. Boleh cover kulit kering disamping melembabkan kulit muka. 

Mb Golden Collagen Gel ni juga macam jenis oily. Sy baru start guna gel ni awal bulan ni. Ini pun sebab member sy recommend. Memandangkan kulit muka member sy ni nampak perubahan positive setelah pakai gel ni, so sy pun tidak teragak-agak lah untuk mencuba. Tak salah mencuba kan?? hehehe.... sy memang terlalu fanatik bab2 menjaga kecantikan ni. Nak kata kulit sy cantik, xde lah. Tapi sy memang concern lah dengan kulit sy sendiri dan sanggup buat apa saja demi kulit sy . Ceeewahh....


Terus terang, sy sebenarnya tak lah berapa tahu tentang produk ni. Sy cuma order direct daripada member sy yang recommend gel ni. Hmm.. Sy dapat produk ni memang macam dalam gambar di atas ni. Tiada kotak. Penerangan lengkap pun tiada. Actually sy x berapa sure kandungan dan kegunaan gel ni. Cuma, menurut member sy, just sapu kat muka sebelum pakai foundation atau moisturizer. 

Harga Mb Golden Collagen Gel ni RM49.90. Dalam bekas tu ada 30 butir, so boleh pakai 30 hari lah. Setakat ni sy pakai gel ni selepas bersihkan dan keringkan muka. Selepas sapu gel ni then baru sy sapu moisturizer biasa. Gel ni cepat meresap dan akan menyebabkan kulit kita lembut. Agaknya kalau amalkan pakai gel ni, kulit akan menjadi cantik kot.

Antara perubahan yang sy perasan setakat ni, kulit tak kering, lembut dan warna kulit jadi cerah sikit. Gel ni sy pakai time pergi office je, sebab sebab kat rumah sy guna Bio Oil.

 

Nanti sy akan survey lagi. Cari maklumat lebih tentang gel ni. hehehe. So far sy guna ok lah.

 

Ni bentuk Mb Golden Collagen Gel. Senang je nak guna. Just pusingkan hujung gel ni, pastu sapu terus kat muka. Tak perlu buka gel ni pakai gunting ke pisau ke sbb gel ni memang lembut. Sekarang ni sy masih lagi dalam proses testing gel ni. Harap2 ok lah. Boleh awet muda :-D

So, kalau anda ada info tentang gel ni, boleh lah share ye sebab kiter ni pengguna baru ~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO