Wednesday, February 16, 2011

Program POWER! Pengurusan wang ringgit anda

Pada 9-Feb-11, saya dan rakan telah mengikuti satu program daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Sebenarnya program ini dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia. So kami beruntunglah sebab ditaja sepenuhnya oleh BNM.

Program ni diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur dan anggaran yang hadir lebih kurang 200 orang termasuk beberapa orang selebriti tempatan.

Program ni berjalan selama 5 jam. Aktiviti termasuklah Financial Coach Session, POWER! Workshop by AKPK, Tea Break, Lucky Draws dan juga penyampaian Sijil penghargaan kepada semua yang hadir.

Ceramah yang disampaikan oleh En.Mohd Adnan Anan Abdullah juga memang berkesan. Penuh dengan info yang berguna seperti tips bagaimana untuk mengawal perbelanjaan dan yang penting sekali adalah merancang aliran wang keluar/masuk dengan betul.

Sebelum membeli sesuatu, kita kena tanya diri kita samada ianya merupakan kehendak atau keperluan. Keperluan adalah sesuatu yang perlu dan kita tidak boleh hidup tanpanya. Contohnya makanan, tempat tinggal & pakaian. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang kita inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Contohnya percutian di luar negara, pakaian berjenama & sebagainya.

Banyak lagi benda baru yang kami pelajari melalui program ini. Sekiranya ada yang berminat, sila layari laman web AKPK. Sesiapa yang mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan, saya cadangkan supaya berjumpa dengan AKPK dengan segera sebelum terlambat :-)

En.Nazril Idrus memberi peluang kepada peserta program untuk bertanya sebelum sesi tamat.

Kami juga diberi buku panduan percuma sebagai rujukan.

Kami berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk hadir ke program seperti ini. Harap-harap lepas ni saya dapat mengawal perbelanjaan dengan baik. Saya sudah POWER!!! Ehehehe :-p

Bersama pelakon favourite Sharifah Sofea. Teringat watak Khaterina dalam Nur Kasih ;-)

Bersama Sazzy Falak. Cute nya dia :)

Bersama Yasmin Hani yang cantik dan friendly :)

Soal jawab bersama pihak media.

Sekiranya anda berpeluang untuk menghadiri ceramah daripada AKPK, jangan fikir dua kali nak join ke tak, sebab program ini memang berbaloi :)

2 comments:

  1. yea, this programme is very gud specially who got financial prob .... ;) & is really gud for person like me ... :-P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO