Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa Movie

Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles: Bloodlines) ialah sebuah filem bersejarah Melayu arahan Yusry Abdul Halim yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.

Sinopsis
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

Pelakon
Pelakon Utama
  • Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah
  • Dato' Haji Rahim Razali: Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya
  • Ummi Nazeera: Embok, kekasih Merong
  • Khir Rahman: Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li Hua
Pelakon Pembantu
  • Jehan Miskin: Embi
  • Nell Ng: Ying Ying
  • Umie Aida: Lang, ibu Merong Mahawangsa
  • Mano Maniam: Warga Goa
  • Maya Karin : Warga Goa
Pelakon Sampingan
  • Jing Lusi: Meng Li Hua, Puteri China
  • Gavin Stenhouse: Marcus, Putera Rom
  • Craig Robert Fong: Liu Yun, Laksamana China
  • Eric Karl Henrik Norman: Lycius, Laksamana Rom
  • Keith Chong: Maharaja China
  • Deborah Henry: Yesoddhra
  • Wan Hanafi Su: Taji
  • Kuswadinata: Phra Ong
Filem Hikayat Merong Mahawangsa (Trailer)



The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)




Wajib Tengok !!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO