Thursday, March 03, 2011

Erti Cinta Bagi Ku??

Bagi aku perasaan cinta tu datang daripada hati. Perasaan cinta tidak boleh dipaksa. Ia datang dan hilang begitu sahaja. Perasaan cinta membuatkan aku lupa untuk menilai baik & buruk sesuatu. Kadang2 perasaan cinta membuatkan aku belajar untuk menjadi seorang yang berguna.

Cinta kepada Tuhan
Cinta yang diberkati adalah cinta yg sempurna. Hanya Tuhan yang berkuasa untuk memberi dan mengambil semula cinta pada setiap orang. Aku sememangnya bersyukur kerana aku masih ada perasaan cinta yang mendalam. Dan cinta yang datang daripada Nya itu adalah cinta yang sangat2 indah. Sebab itu aku mencintai Tuhan lebih dari segala2.

Cinta kepada keluarga
Tuhan tetapkan cinta yang kekal di dalam hatiku. Perasaan cinta ini sudah ada sejak aku mula bernafas di dunia ini. Cinta yang aku maksudkan adalah cinta kepada keluargaku. Apa pun halangan, aku tetap mencintai keluarga aku sampai bila2.

Cinta kepada sahabat
Hidup ini tidak sempurna tanpa orang lain. Bagi aku, hubungan persahabatan perlu untuk meneruskan perjalanan hidup di dunia yang serbah mencabar ini. Mereka umpama penyelamat yang sentiasa ada di waktu aku terjatuh dan bersedih. Sebab itu aku sangat mencintai sahabatku.

Cinta kepada teman hidup
Malangnya, tidak semua sahabat boleh dipercayai. Namum Tuhan itu baik. Dia menghantar seseorang yang lebih memahami diri ini dan sanggup menerima aku seadanya. Itulah teman hidup yang sangat2 aku cintai. Walaupun aku hidup serbah kekurangan dan tidak setanding orang lain, namun dia sentiasa mengerti dan percaya aku masih ada kelebihan lain. Terima kasih banyak2. Aku pasti menjaga cinta ini kerana ini adalah cinta yang terakhir dan untuk selama-lamanya. Hidup aku berubah selepas aku menemukan cinta ini. Aku mula memahami erti kehidupan sebenar. Dan alangkah gembira, sekiranya aku menemukan cinta ini daripada awal. Namun aku tetap bersyukur kerana kehadiran cinta ini telah mengubah segala2nya menjadi baru. Cinta inilah yang menceriakan hari-hariku sampai bila2.

Cinta kepada diri sendiri
Apa yang membuatkan aku berani meneruskan perjalanan hidup, kerana aku yakin akan kemampuanku sendiri. Walaupun kadang2 aku berasa ragu2, tapi kerana aku masih punya keluarga, teman hidup, sahabat dan yang paling penting perlindungan daripada Nya, so aku berani untuk melangkah ke hadapan. Namun keberanian itu datang daripada diri aku sendiri. Terima kasih kepada diri aku sendiri kerana atas keyakinan sendiri lah, aku masih terus berusaha. :) Aku patut mencintai diri aku, kalau tidak bagaimana aku mampu mencintai yang lain?

Cinta kepada pekerjaan & harta benda
Aku juga mencintai pekerjaan & harta benda yang kumiliki walaupun tidak sebesar manapun. Sekurang-kurangnya aku masih boleh bergembira, makan makanan kegemaranku, beli pakaian yang lebih sesuai, bercuti untuk release tention dan macam2 :)

Cuba bayangkan kalau kita tiada perasaan cinta. Macamana tu??? Aku harap hargailah saat selagi cinta itu ada. Dan sekiranya cinta itu hilang, jangan sekali2 mencuri cinta daripada orang lain. Kerana cinta yang dicuri akan menjadi benci. Awas tu!! Cinta yang pergi, biarlah ia pergi sebab cinta yang baru akan datang dan pastinya itu adalah cinta yang paling best.

Dan aku sangat menghargai cinta yang kumiliki sekarang kerana cinta yang kumiliki sekarang tidak sama dengan mana2 cinta yang pernah ada. Cinta yang ikhlas memberi seribu satu makna dan ianya akan kekal sampai bila2.

P/S: Untuk orang yang kucintai :), YOU KNOW WHAT I MEAN ....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO