Wednesday, September 26, 2012

Apakah Ubat Diet Mempengaruhi Masalah Keguguran Rambut ?

Semenjak saya mengalami keguguran rambut, saya sudah fobia dengan ubat-ubat atau minuman tambahan untuk langsingkan badan. Bila fikir-fikir balik, sebelum ni memang saya rajin ambil benda-benda ni. Mana tidaknya, badan makin lama makin besar, kerja tak tentu masa. Kurang masa untuk bersenam, malah untuk rehat pun hampir tiada masa. Tapi badan makan lama makin sehat. Sadis tak sadis lah... So, saya terpaksa lah ambil makanan atau minuman tambahan untuk slimkan badan..

Hmmm ... Orang cakap makan meggie boleh gugur rambut. Yeke?? Saya kurang pasti lah pula. Tapi saya bukanlah tiap-tiap hari makan meggie pun. Sampai sekarang masih terfikir-fikir punca keguguran rambut yang saya alami ni. Mungkinkah disebabkan ubat diet tu???

Search punya search, memang banyak factor yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Ok ini semua kesimpulan berdasarkan apa yang saya baca tau. Secara saintifik atau detail, mungkin anda boleh berjumpa direct dengan doktor pakar rambut untuk khidmat nasihat :)

Antara punca-punca keguguran rambut:
  1. Masalah usia
  2. Stress
  3. Gangguan hormon
  4. Diet yang tidak seimbang
  5. Shampoo yang kurang sesuai
  6. Kelemumur
  7. Kerap menggunakan pengering rambut
  8. Pewarna rambut yang kurang sesuai
hmmm banyak lagi punca-punca lain seperti mencabut helaian rambut.... Disebabkan masalah rambut yang saya alami ni lah, saya terdorong untuk mencari info-info ni melalui blog-blog atau website lain. Risau punya pasal...semua pun dikaji selidik...huhuhu....

Tapi saya masih terfikir-fikir, adakah ubat diet ni sebenarnya mempengaruhi keguguran rambut....HMMMM 

Tapi untuk info anda, sekarang ni saya dalam proses merawat rambut saya. Saya buat apa yang termampu. Maksud saya biar yang murah, janji berbaloi. Setakat ni ada lah perkembangan positif. Harap-harap rambut saya akan kembali sihat seperti dulu.... Boleh cek DI SINI untuk rawatan yang paling simple dan murah dengan hanya menggunakan produk berasaskan herba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO