Sunday, September 02, 2012

GO-KL CITY BUS - Percuma ??? Biar Betul...

Pernah nampak bas ni???

Akhirnya, rakyat malaysia khususnya warga Central Business District (CBD), Kuala Lumpur dapat juga menikmati kemudahan terbaru dari segi pengangkutan awam. Bermula pada hari ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, warga Kuala Lumpur sudah boleh memilih untuk menaiki GO-KL City Bus.

Mesti ramai lagi yang belum tahu tentang perkhidmatan bas percuma ni kan. Bas ni memang lain dari yang lain sebab pertama bas ni berwarna ungu. Okay tak warna? Hmmm.... Bas ni kalau nak naik, naik je sebabnya bas ni memang free. Percuma untuk sesiapa sahaja. Cuma buat masa ni, GO-KL City Bus ni hanya lalu di laluan-laluan yang ditetapkan iaitu di kawasan bandar Kuala Lumpur sahaja. Untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur untung lah. Boleh naik train sampai KL, pastu naik bas ni ke office.

Buat masa ni GO-KL City Bus ni beroperasi di laluan yang ditetapkan:
  • Green Line (KLCC - Bukit Bintang - KLCC). Bas ini akan melalui 13 hentian bas iaitu
  1. KLCC
  2. Angkasaraya
  3. MATIC
  4. Concorde Hotel
  5. Wisma Hup Seng
  6. The Weld
  7. Wisma Lim Foo Yong
  8. Pavillion
  9. Ain Arabia
  10. Monorail Raja Chulan
  11. Wisma Rohas Perkasa
  12. Citibank
  13. Wisma Athlan
  •  Purple Line (Jalan Sultan Muhamad - Bukit Bintang - Jalan Sultan Muhamad). Bas ini akan melalui 14 hentian bas iaitu
  1. HAB Pasar seni
  2. Bangkok Bank
  3. Muzium Telekom
  4. Menara Olympia
  5. KL Tower
  6. The Weld
  7. Wisma Lim Foo Yong
  8. Pavillion
  9. Ain Arabia
  10. Wisma Boustead
  11. Wisma HLA
  12. Simpang Bkt Ceylon
  13. Muzium Telekom (Opp)
  14. Kota Raya
Kalau nampak bas warna ungu/purple ni naik je.  Jangan risau, tidak perlu sediakan duit kecil atau touch n go. Bas ni memang free. Saya pun selalu tunggu bas dekat Pavillion ke Kota Raya, bayar RM1. Lepas ni boleh lah naik bas free. Sebenarnya bas sedia ada pun masih beroperasi. Cuma sekarang kita ada banyak pilihan bas, so tidak perlu menunggu lama. Pilih lah nak naik bas yang mana satu....

Ciri-ciri GO-KL City Bus
  • Beroperasi dari jam 6:00am hingga 11:00pm
  • 5 minutes frequency during peak hours (masa sibuk)
  • 15 minutes frequency during off-peak hours (kurang sibuk)
  • Buat masa ni secara keseluruhan ada 15 buah bas sahaja. Setiap bas boleh memuatkan 60 orang
  • Bas ini juga sesuai untuk orang kurang upaya
  • Bas ini menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dan GPS. Bolehlah berFB dalam bas ye
  • Passenger information system
  • Yang paling best, bas ni ada laluan khas. Sebenarnya laluan khas ni bukan untuk bas GO-KL City je tapi juga laluan untuk teksi dan bas-bas lain. Jadi lepas ni laluan bas clear lah
  • CCTV dipasang di dalam dan luar bas
  • Kerjasama PDRM, DBKL, JPJ & SPAD

Kebaikan GO-KL City Bus khususnya dapat dirasai mereka yang berada atau pergi ke Central Business District (CBD), Kuala Lumpur. Bas ini akan memudahkan kita pergi ke 4 LRT stations, 3 monorail stations, 2 Inter Urban Transport Terminals (IUTT) dan Skywalk.

Bas ini sememangnya percuma untuk semua :-D Memang terbaik untuk pekerja yang juga melalui laluan yang sama, untuk pelajar sekolah, orang kurang upaya dan warga emas. Disamping itu, perkhidmatan baru ini juga sesuai untuk menarik perhatian pelancong kerana mereka akan berpeluang menaiki bas secara percuma dari 1 destinasi ke destinasi yang ingin mereka lawati.

Harapan saya semoga ada lagi perkhidmatan baru yang bakal disediakan untuk rakyat Malaysia. Yang penting ia memberi kebaikan kepada semua :) I LIKE !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May J. / Garden feat. DJ KAORI, Diggy-MO